Kami Bukan Ah long PTPTN Tapi Mahu Tolong Dengan SSPN-i Plus 
Sebut aje PTPTN, ramai yang hamun itu ini, lari bahkan tekup muka, kenapa? Baru-baru ni, za dapat jemputan Hi-Tea dengan PTPTN, mula tu memang seriau, katanya sesi ramah-ramah gitu. Tapi memang betul-betul ramah. Mungkin ada hikmah za dijemput kesana, Bertempat di Pullman, Bangsar, Tingkat 3, Sesampai kat sana memang za teruja bila melihat makanan sedap-sedap yang dihidangkan, rasanya memang tak puas duk hadap satu persatu! ehh! yang bab makan kita cite lain nanti, 

Apepun Terima Kasih kepada pihak PTPTN kerana sudi menjemput za untuk mendengar Taklimat Produk Terbaru dari PTPTN iaitu SSPN-i Plus. Pada awal za menyangkakan ianya adalah untuk kanak-kanak sahaja, rupanya untuk yang belum berkahwin seperti za pun boleh turut serta daftar di SSPN-i Plus. 

“SSPN-i Plus merupakan satu skim atau instrumen simpanan dengan perlindungan takaful yang murah dan komprehensif “

Dulu-dulu ada SSPN tapi kini dah di upgrade menjadi SSPN-i Plus, untuk memberi perlindungan kepada korang dan generasi korang kelak. Tapi tak ramai yang ada kesedaran untuk ” Sediakan Payung Sebelum Hujan ” masing-masing masih leka lagi, Tapi jangan menyesal di kemudian hari sudah lah ye, waktu tu nak buat rayuan pinjaman PTPTN untuk generasi korang akan datang kalau tak bermula dari harini memang takkan di layan, Ibarat kepuk kertas masuk dalam tong sampah apa yang za kongsi ni, sangat bermanfaat dan takde keuntungan pun yang za perolehi tapi sekadar memberi peringatan kepada mereka yang mempunyai anak atau tidak sekalipun untuk diri sendiri. 
Berdasarkan penerangan yang diberi, apa yang menarik minat za adalah Manfaat Takaful bagi 36 Penyakit Kritikal dan Pelepasan Cukai sehingga RM 12k, menarik tak? yang penting terutama Cover penyakit kritikal itu yang teramat sangat buat za teruja, almaklum za ni merupakan pesakit SLE. so nak pilih pelan perlindungan kalau boleh biarlah ada yang cover penyakit kita ni. Kalau di compare dengan Unit Amanah za rasa SSPN-i Plus ni memang berbaloi. 
Siapa kata nak buka Akaun SSPN-i Plus ni mahal? 
Dengan hanya modal pembukaan serendah RM30 rasanya korang dah boleh, Bukak akaun SSPN-i Plus ni tau, Bila dah buka akaun tersebut, secara automatiknya korang dapat kesemua Keistimewaan yang disediakan. Ini bukan cobaan tapi ini betul-betul. (Menabung Untuk Simpanan Masa Depan)
Apa yang korang dapat dengan Bermodalkan Serendah RM30?


Apakah anak korang atau diri sendiri dapat pinjaman PTPTN di IPTA/IPTS untuk melanjutkan pengajian? 
Ya! sangat layak, kerana untuk membuat pinjaman PTPTN di wajibkan ada satu akaun SSPN atau SSPN-i Plus. dan sebab itulah, ianya untuk masa akan datang jika korang tak bertindak sekarang. 
Berapa Lamakah Tempoh Menunggu Tuntutan Insuran tersebut? 
Rasanya bila korang dah daftar je, secara automatik akan di lindungi serta merta, yang penting sekalipun if katakan korang masuk wad sekalipun sebagai contoh, korang akan dapat tuntutan tersebut 30 hari selepas buat permohonan tuntutan. Wow! cepat kan. 
Bolehkah Korang Buat Pengeluaran Dari Akaun ? 
Pendeposit hanya boleh membuat pengeluaran selepas 3 tahun dari tarikh pembukaan akaun, dan jumlah minima perlu ada dalam akaun simpanan adalah sebanyak RM 1000, Pengeluaran yang tidak memenuhi syarat tidak akan di proses. So korang boleh take note kat situ. 
Bagaimana Untuk Membuka Akaun SSPN-i Plus Menerusi Online Tanpa perlu Beratur Panjang?

  • Pilih Pakej Yang Yang Ingin di Pohon. dan Klik SETERUSNYA

  •  Isi kan Maklumat Peribadi yang ada di dalam borang tersebut. Dan klik SETERUSNYA


  • Sebelum buat bayaran, pastikan medan semua telah diisi, Untuk Bilangan ( Bulan ) itu korang isi 1 tau. 

  • Jika dah selesai semuanya boleh terus klik pada BAYARAN  ( pastikan semua medan telah diisi)

  • So korang boleh terus pada butang PROCEED, Dan boleh buat bayaran menggunakan Perbankan yang terpilih atau Kredit Kad. 

  • So dah selesai, mudah kan. Tanpa perlu beratur panjang, dan boleh diselesaikan hanya dihujung jari sahaja. Tak perlu susah payah nak beratur panjang dan tempuh jalan sesak. Jadi pilihan di tangan korang. Semuanya korang yang tentukan. Mulakan dengan persediaan seawal agar tidak kelam di kemudian hari. 

 1,195 total views,  2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge