Strikes Againts Bowling Tournament KBBA9 Bersama K.Rogers Butter Cookies
“Kami makan cookies..”
“Kami Main Boling…”
“Kami Bukan Sekadar Blogger.. ”
Bahang Strikes Againts Bowling Tournament KBBA9 Bersama K.Rogers Butter Cookies masih lagi terasa tau, rasa macam tak puas jumpa team KBBA9, dapat bersama, berkongsi cerita, berkongsi gembira. Bertempat di Ampang Superbowl’s Bangi Gateway, berlangsung Event Strikes Againts Bowling Tournament KBBA9 Bersama K.Rogers Butter Cookies.
Masing-masing tunjukkan kehandalan, balingan dengan penuh gaya, ada yang jadi penngacau, ada yang jadi mata-mata, ada yang fokus 100% permainan. Almaklum bukan selalu dapat berkumpul sebegini dengan keluarga besar KBBA9. Teruja sangat bila za pun berlagak kekonon nak tunjuk skill strike. Tapi dah boleh di gelar Ratu Longkang.
Gaya rasa dah macam pemain profesional, tapi dusta semata-mata, ceq ni ratu longkang tau. 2 kali sahaja keseluruhan dapat Strikes yang lain jadi penghuni longkang dan spare. Tapi dalam kemeriahan balingan tu, perut lapar, apa lagi sambar lah Butter Cookie’s. Ingatkan za sorang je yang rasa lapar sebab dah baling, terjerit dan terlolong rupanya ada jugak kengkawan yang lapar.
Yang tudung pink belacan tu, macam feel habis je dapat makan cookie’s tu, penuh ghairah dapat lahap cookie’s tu tau, ceq ni penggemar tegar butter cookies tau. Tapi bila dapat satu bekas, memang untuk za sorang je tau, ceq takkan kongsi ngan orang lain. Sebab apa za suka butter Cookie’s K’Roger’ s ni.
Nampak tak? bukan setakat za sorang je yang rasa lapar, tu nampak tu kengkawan yang lain pun happy bila dapat berkongsi kegembiraan bersama K’Roger’s Butter Cookies tau. Nak main boling baru ada feel macam champion kan. Tapi za pulak, dah sah-sah champion longkang. Jom tengok betapa gembiranya kengkawan blogger yang lain tunjuk skill yang ingin za kongsikan.
Sekalung terima kasih kepada kengkawan KBBA9 yang bersemangat turut serta dalam event kalini, yang tak kenal boleh jadi kenal, ibarat satu keluarga. Besarlah harapan agar silaturahim ini jangan di putuskan oleh anasir-anasir yang ada. Lagi pulak, memang za enjoy habis malam tu dengan semua. Ramai kawan KBBA9 yang tak pernah jumpa, dapat berjumpa dalam event ni. Thanks juga kepada penaja K’Rogers Butter Cookies yang sudi menaja Tournament KBBA9 ni. Terutama kepada Lead Ben Ashaari.
Kenapa K’ Rogers Butter Cookies Wajib menjadi Pilihan ?
- Pelbagai variasi perisa antaranya Cornflake Cereal, Almond Cocoa Chips, Rasberry & Almond Chips dan Blueberry ( za prefer yang Cornflake Cereal memang sedap yang amat )
- Cookie’s Butter ni hanya boleh di peroleh menerusi Agen-Agen terpilih sahaja tau. ( memang korang takkan jumpa di mana-mana pasaraya )
- Keranggupan cookies tu memang terbaik dan tidak terlalu manis
- Sesuai untuk di bawa bersantai, jamu minum petang dan sebagainya ( Rasanya bagi korang yang tak buat biskut raya, dah boleh tempah sebelum kehabisan stock )
Bagaimana Nak Buat Tempahan ?
- Korang boleh terus buat tempahan di Facebook : K.Rogers Butter Cookies
- Tempahan juga boleh dibuat melalui SMS atau Whataps di : 014-3348803
KERATAN AKHBAR SINAR HARIAN 22 OGOS 2011 |