Big Bro Grill n Chop Warung Style 
( Sebelah Masjid Saujana Impian, Kajang) 

Sebut je Western Food, memang za penggemar tegar Chicken Chop. Kebiasaan malam minggu memang wajib JJCM dengan Encik Adik yang pun memang kaki makan and melayan kakak dia yang kuat melantak ni. Bab Western Food makanan yang lain za memang okeh, tapi bab berkaitan Chicken Chop memang sangat cerewet. 
Memang dah lama dok lalu, ulang alik dari umah ke pejabat atau ke tesco kajang mesti kena tempuh warung chicken chop tu. Seolah-olah memanggil suruh menyinggah, tapi memang tiada kesempatan. Cuma baru-baru ni, memang ditakdirkan za untuk menyinggah, apa lagi nak tunggu!  jom terjah lah jawabnya. Mata tertumpu dekat menu no 14 kalau tak silap, tertulis “Chicken Chop” so kebetulan time tu berbuka cuma 2 ketul mini choc lava dengan mineral, malam kasi pulun benda berat. 

Alhamdulillah! Hidangan dah sampai depan mata, minta extra black pepper sauce, memang tak kedekut, semangkuk pulak dorang beri. Yang menarik minat za dalam ni adalah kuah black pepper tu sendiri, Sebenarnya kekuatan hidangan chicken chop terletak pada kuah dan keranggupan ayam tersebut. Jika letak kuah sedap sekalipun tapi ayam pun isi dalam tak berapa nak masak, memang out bagi za. Tapi hidangan yang za dapat ni memang tip-top puas hati. “Black pepper sauce homemade” memang terbaik di gabung dengan kerangguppan ayam tersebut memang serasi bersama, cuma coleslaw tu, agak terlalu manis sedikit tapi kelainan di buat ada sedikit rasa, masam-masam lemon. Apepun hidangan kalini memang terbaik! walaupun ala warung style, tapi semua kekuatan terletak pada makanan. so malam tu za memang puas sangat makan! Rasa berbaloi dan tak rugi. 

 1,092 total views,  2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge