Bengkel Mini Kuala Lumpur Engineering Science Fair ( KLESF MOBILE  WORKSHOP) anjuran bersama Malaysian Insdustry – Goverment Group for High Technology ( MIGHT ) bersama 16 buah sekolah di Hilir Perak. Menarik 1000 Pelajar yang terlibat dalam 40 Bengkel yang disediakan dalam pelbagai acara seperti Bengkel Simulator Penerbangan, Bengkel Pembinaan dan sebagainya. 

Syukur, dan berterima kasih kepada pihak MIGHT dalam menjemput cik za untuk merasa pengalaman di sana, apa yang menarik minat za, Program ini bertumpuan kepada hasil kreativiti dari segi Transformasi sains dalam menjana kekayaan dan pekerjaan berkemahiran tinggi untuk masa deoan, Gambaran yang dapat dilihat adalah dengan para pelajar dapat di beri peluang mencuba, pelbagai model-model  rekabentuk teknologi yang ada sebagai langkah pertama untuk memupuk minat dalam bidang Teknologi Sains. 

MIGHT adalah sebuah Syarikat Berhad dengan jaminan dan bukan berasakan keberuntungan, dibawah seliaan Jabatan Perdana Menteri, ianya memainkan peranan penting dalam memastikan pembangunan mapan perniagaan berasaskan teknologi tinggi di negara ini. Might ditubuhkan menerusi kekuatan kerjasama antara sektor awam dan swasta dengan keahlian lebih 100 dari dalam dan luar negara dari pelbagai bidang termasuk akademik, kerajaan dan industri. 

Bengkel seumpama ini merupakan platform utama dalam mempromosikan Program Science to Action ( S2A ) yang akan di adakan pada 4-6 November 2016, di Kuala Lumpur, ianya mengumpulkan para penggiat sains di bawah satu bunmbung dalam memperkasakan sains dan teknologi di negara kita terutama di kalangan murid luar bandar. 
 Jam 9.00 pagi Delegasi MIGHT yang di ketuai oleh, I.M Nasir , Program Director MIGHT. untuk ke Sekolah Menengah Seri Perak, Teluk Intan. Usaha Inisiatif program sebegini adalah untuk memupuk minat para pelajar terhadap STEM secara lebih seronok. Selari dengan hasrat negara untuk melihat generasi seterusnya berkemahiran tinggi untuk masa hadapan sekaligus menarik pelaburan ke Malaysia dan usaha ini di mulakan di peringkat sekolah lagi. 
Dalam pelbagai pameran yang disediakan, banyak yang menarik minat para pelajar untuk lebih mengetahui, keterujaan dapat di lihat mereka termasuk za sendiri dalam menerangkan hasil kerja teknologi yang di pertontonkan. 
Ini adalah hasil teknologi oleh para pelajar UITM Shah Alam. 
Hasil teknologi oleh Para pelajar Uitm Shah Alam.

Pengalaman sebegini, memang wajib lah tidak dilepaskan, dengan adanya program sebegini, dapatlah para-pelajar yang meminati bidang ini, beroleh serba sedikit ilmu dari projek-projek yang di pertontonkan, sedikit sebanyak menaikkan semangat minat mereka dalam bidang-bidang sebegini. Masa yang diberi memang tidak mencukupi, bila melawat setiap projek yang di berikan, tidak puas pulak untuk mencuba satu persatu, kerana itu adalah pengalaman berharga yang di berikan buat diri za. Jika diberi peluang memang za ingin sekali join lawatan program sebegini. kerana dapat buka minda pasal teknologi sains yang direka oleh para pelajar kita di malaysia. 

 602 total views,  4 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge