Pertemuan Team #KBBA9 – Tajuk ni pasti korang rasa pelik, uihh! bukan entri bodek ke ape tau, tapi dari hati nurani aku yang dah lama aku nak join semula team-team ni. Pada asalnya beberapa kali jugak lah aku cuba nak ambil peluang bila abang Ben Ashaari bukak promote sape yang nak join #kbba9 , dah nampak post tu, apa lagi cuba dapatkan peluang yang ada. Tapi sebelum nak join tu wajiblah korang ada matlamat, hati kena kental, kalau setakat hati bunga, pastu kuat sentap alamatnya bapoklah awokk!

Bila ada yang mengatakan, ohh! join kelab tu dapat kejar event berbayar, dapat itu dapat ini, well! hello ( macam aku kata ini bukan entry bodek) Sebenar matlamat utama aku nak  tahu je arah tuju blog aku sendiri, dan kalau orang ingat aku kejar nama dan job berbayar bila join this team, Ouch! sorry babe! review percuma pun takpa asal diberi peluang aku menulis dan improve kan lagi skill penulisan aku. Sebab aku tahu, aku masih perlu banyak belajar dari segi penulisan, ayat pikat pembaca. Lagi pulak kata orang nak berjaya bermula dari tin kosong, kalau diisi biar air yang sedap dan penuh, Terima kasih aku ucapkan sebab penerimaan aku dalam group tu sendiri, sememangnya memang awesome bagi aku, teguran dan tip-tip yang di beri banyak memberi aku dengan idea pelbagai sudut untuk aku bina satu entry, selain itu aku bukan rujuk pada satu entri yang berkaitan bahkan dari sifu-sifu terkenal pun aku stalker sebab aku berinisiatif nak belajar. Alah! teguran kasar, tu semua tolak ke tepi lah, pondan lah kalau tak boleh tahan bila kena tegur.! teguran itu membina kan. 
Team #KBBA9
Kelab yang diasaskan sendiri oleh Blogger Ben Ashaari , Sejak tahun 2009, dengan bertujuan untuk mewujudkan satu ikatan komuniti, dimana setiap blogger perlu saling bantu membantu satu sama lain.

Bagi mereka yang tertanya-tanya apa itu #KBBA9 ni, itulah inilah dah-dah jom terjah link yang aku kongsi tu, duduk dan hadam puas-puas. Peluang banyak depan mata cuma kita sendiri yang buat pilihan. Pendapat aku lah kan, setakat join kelab tapi nak nama semua tolak ketepi lah, yang di cari adalah kualiti dan bukan kuantiti. Setakat seminggu ni macam-macam ilmu yang aku dapat serius, aku sendiri dah mula nak bertapak semula. Orang kata saingan sihat itu perlu bagi mewujudkan ikatan ukhwah sesama ahli blogger kan. 



 800 total views,  2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge