Bila dapat tahu, Filem kegemaran cik za dah release, apa lagi, cepat-cepat jejari gatal ni, buat Booking Seat di GSC, MOVIE IOI PUTRAJAYA. Akibat tak mahu ketinggalan akhirnya dapat jugaklah cik za layan movie tersebut. Filem Batman V Superman ( Dawn Of Justice ) ramai yang bagi hujah bosan bagai, jalan cerita tak gah seperti yang digambarkan, tapi betul ke ? Jangan pusing cerita, nak tahu best ke tak, jom teruskan baca. — > REVIEW MOVIE : ALLEGIANT 2016


Sinopsis Batman V Superman ( Dawn Of Justice )

Filem penuh aksi diterajui oleh pengarah Zack Snyder mempunyai dua wira besar dalam memimpin, iaitu Batman dan Superman. Filem ini adalah kesinambungan kepada “Man of Steel”. Berkisahkan pertempuran antara Batman dan Superman, dimana Batman mahu menumpaskan Superman itu sendiri, kerana beranggapan yang Superman adalah punca segalanya dalam kematian beribu rakyat metropolis ketika pertempuran lepas bersama General Zod. Dalam masa yang sama, peranan Lex Luthor dalam mencipta ancaman baru iaitu “Doomsdays Fight’, Dimana keduanya perlu mengetepikan keangkuhan masing-masing dan bersama-sama menghapuskan kejahatan  yang telah dicipta oleh Lex Luthor,dengan bantuan Wonder Woman. Dibintangi oleh Ben Affleck, Gal Gadot, Henry Cavill dan Amy Adams.

Trailer HD – Batman V Superman 
( Dawn Of Justice )

Review Dari Cik Za

Keseluruhan Jalan cerita ini sangat terbaik dan puas hati, Walaupun kedengaran orang yang berdengkur, kuat pulak tu dalam panggung, aduh! lemah betul dibuatnya (Mulut nganga busuk pulak tu). Sebenarnya ia adalah kesinambungan dari Man Of Steel  ( 2013 ), bagi mereka yang tidak mengikuti cerita ni, sememangnya memang tidak faham jalan cerita filem ini. Pada awal plot cerita ini sangat lembab dan membosankan. penuh dengan kemarahan, dendam dan banyak memfokuskan kepada watak Batman aje. memang pada awal cerita ni, korang boleh tertido di buatnya. Namun, Filem ini adalah awalan bagi Filem Justice League yang bakal di tayangkan pada November 2017. Pada pertengahan plot aje, lebih menyengat dengan kemunculan Wonder Woman yang comel dan seksi bersama-sama tumpaskan kejahatan Lex Luthor, sebenarnya Batman ini bagi cikza ada nampak sikit beberapa kebodohan, kedegilan semuanya disebabkan dendam dan ego, sebab tu kebodohan, dan keegoan beliau sangat mudah diambil kesempatan oleh Lex Luthor tu. ( peminat Batman, Jangan Marah ye ) So kepada peminat-peminat Justice League, kerana filem tersebut bakal bermula tahun ni sehingga tahun 2020, so kepada peminat komik DC ni, jangan lupa pulak, so stay alert and save the date. hehehehe. 




Rating untuk Filem ini adalah 

4 / 5 Bintang 


 481 total views,  1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge