Review Filem : Allegiant ( Bosan Gila ! Nyesal Aku ! )

Kata mak aku, kalau tak sihat tu sila duduk baring atas katil, tapi kisahnya selepas discaj HUKM ni, duk ralit lah pujuk cikebum aku tu, teman nonton wayang yang aku tunggu-tunggu. Bila dapat lampu hijau dari adik, sure lah aku kena berhadapan dengan mentara guru pulak, sape lagi kalu bukan Mak aku. Jenuh lah kami dua beradik ni nak bina potongan ayat penambat hati, moga dapat lampu hijau jugak. Pucuk paku mendatang apa lagi rezeki lampu hijau dah datang. So sebelum melangkah 10 tapak tu, macam-macam lah pesanan penaja yang aku dapat, makanya sila hadam ye. 
Penuh keterujaan maka kekdahnya waktu tayangan 8.50 pm, so beraturlah sampai lebam, ( But aku set dalam mind yang iklan ambil masa 15 min sebelum wayang bermula ) masa tu lah pemikiran makanan semua melayang, takde masa nak pikir semua bab-bab tu. Bila tiket dah dapat, moh ke dalam! Ingatkan dapatlah seat yang sesedap rasa imbang badan, Dapat pulak yang barisan paling depan duk mendongak keatas sampai balik pun jadi teleng leher. Dah jom aku nak komen lagi ni. (memang menyesal sebab last minute booking ) 


Sinopsis 
“The Divergent Series: Allegiant”

Dari sequel Divergent & Insurgent pada tahun 2014 & 2015. Pada Allegiant kali ini, terbahagi kepada  2 part dan ini adalah Part 1, Di awalan, bila Tris beranggapan yang ada satu lagi kisah di sebalik tembok besar yang di bawah kawalan rapi, semangat beliau tidak pernah patah dan terlalu ingin mengetahui apa yang ada di sebalik tembok tu.  Kembali menceritakan semula aksi dari Tris  dan Four di mana kali ini mereka yang akhirnya dapat melepasi tembok yang dikatakan penuh misteri serta secara tidak langsung telah mengunjungi dunia di luar perbatasan yang dipagar dan ditahan pelindung oleh sebuah lembaga misteri yang memiliki oleh Biro Kesejahteraan Genetik di bawah pengurusan David, Pada awalnya ianya adalah mendapat kepercayaan yang penuh, namun pelbagai peristiwa aneh telah berlaku, dan satu persatu darinya terbongkar, kaitan dengan serum yang dikatakan dapat meluputkan ingatan semua orang. Apakah fungsi Biro tersebut, ape lagi korang wajib lah tengok kesinambungannya….” 

Ulasan Dari Aku 
The Divergent Series: Allegiant” yang pernah mengikuti dari awal lagi tak silap aku tahun 2014, memang korang akan faham jalan cerita sebenar filem ni. Alkisahnya ia adalah ramalan dimasa akan datang. Pada aku segalanya cukup ramuannya, tapi tulah tak ramai golongan melayu yang meminati cerita fiksyen sebegini. Berbalik pada awalan tahun 2014 sehingga tahun 2016, apa yang aku pelajari dalam cerita ini semuanya adalah bermula dari semangat pasukan dan yang paling utama adalah kepercayaan sesama yang lain dalam satu team. Watak Tris ni aku tengok adalah mudah percayakan orang, yess! itu adalah pendapat aku, buktinya since 1st Divergent pun, dia mudah percaya pada orang lain, dan ada ketika bila dah terkatuk baru nak berpatah balik, kalau dah terkena baru nak nyesal, tapi satunya aku suka Triss sebab dia selalu ada ” deria ke 6″ yang dapat mengetahui segalanya. Memang tak rugi aku beli tiket sebab aku tabik pada pengarah The Divergent Series: Allegiant, Robert Schwentke sebab berani mengetengahkan fiksyen masa hadapan sebegini. Jarang yang kita lihat pengarah-pengarah barat lain nak ketengahkan fiksyen masa hadapan seperti ini. 

Berbalik pada komen tentang filem ni, Kewujudan Biro tu sendiri sebenarnya, buat aku semakin tertanya-tanya, apakah fungsi yang di ketengahkan, kecanggihan teknologi yang biro tu ada memang buat aku teruja, tapi yang membezakan adalah “Tulen” dan “Rosak” jenuh jugak nak faham apa yang membezakannya rupanya disebalik Tulen dan Rosak itulah adalah rekaan semata-mata untuk mempergunakan orang lain.Akibatnya Triss lah yang terkena dan mudah percaya.  Hasilnya bila David dah berjaya pengaruhi pemikiran Triss maka terjadilah adanya sifat tamak haloba, gila kuasa dan sebagainya, yang menjadi mangsa adalah semua puak yang terlibat. Ternyata janganlah percaya mulut manis orang, kalau dah keluar ayat-ayat manis penarik cerita tu mesti ada habuan yang diinginkan. haih! selebihnya korang sendiri lah pergi tonton, tapi jangan lupa booking dulu sebab panggung sentiasa penuh. 

Rating yang terbaik aku nak beri adalah : 5 Bintang

* Aku tak sabar nak tunggu part 2 pulak, katanya watak heroin bakal di matikan, ehh! kalau ikut filem tamil, hero dan heroin kena bersatu, mungkinkah ada kelainan yang nak di ketengahkan, so kita tunggu part 2 tahun depan pulak ye. 



Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge