Terlebih dahulu, cik za nak ucapkan Tahniah ke pada Hanis Kamal, atas usaha murni beliau dalam menganjurkan program amal kebajikan seperti ni, bukan senang kita nak lihat artis bersama-sama menjayakan program amal sebegini. Kekalkan nilai murni yang ada ni buat Hanis Kamal. Dengan adanya program sebegini sekali lagi dapat membuka mata semua pihak dalam usaha murni dapat membantu mereka yang bergelar gelandangan. 

Bagi cik za, program amal sebegini adalah yang terbaik, dalam kita usaha membantu gelandangan yang ada ini. Jutaan terima kasih, kepada mereka yang terlibat dalam penyumbangan makanan serta pakaian, termasuk juga sukarelawan yang terlibat serta rakan-rakan media blogger  dan rakan-rakan media yang lain, terutama Hanis Kamal sendiri yang sudi mengadakan program amal sebegini. Insha allah semoga program-program sebegini dapat membuka mata kepada semua pihak yang sudi menderma apa saja dari segi pakaian dan sebagainya. 
Bersyukur cik za masih ada tempat tinggal yang selesa, dapat merasa lagi pakai baju baru dan sebagainya, bila melihat gelandangan itu sendiri, memang buat hati cik za tersentuh, jauh di sudut hati mereka tidak minta kehidupan sebegini, ada yang kata mereka sebenarnya malas dan sebagainya, rata-rata yang cik za temuramah, kebanyakkan dari mereka yang membuat 2-3 kerja dalam satu masa dengan masa yang sama mengendong anak kecil bagi golongan wanita dan hanya mempunyai masa tidur anggaran 1-2 jam sehari, kerana itulah mereka memilih untuk tidur beralaskan serpihan kotak-kotak berbaki masa tersebut. Kita sendiri pun tak mampu lakukannya tau. 
Rakan Media Kak Kolin Mengedarkan Gula-Gula
Cik za sendiri bertanya dalam hati, kenapa gelaran malas yang diberi, walhal mereka sebenarnya telah lakukan pelbagai kerja untuk mendapatkan sumber makanan untuk mereka yang mempunyai anak-anak. Ada ketika terpaksa makan, makanan yang telah menjadi sisa, Sebenarnya bagi cik za sendiri, janganlah korang menilai dari luaran tanpa korang sendiri tak cuba merasa seharian menjadi seperti mereka. Mereka sendiri telah mencuba mencari pelbagai kerja, untuk menyara kehidupan mereka dan anak-anak tau, tapi ada yang membayar upah menerusi gaji harian, ada jugak tau yang mengambil kesempatan. Sedih hokehh! Ada yang tawarkan mereka menjadi pelacur, apa korang rasa? Terkadang baru cik za terfikir, segelintir, pelacur ( maaf bahasa kasar sedikit ) yang ada anak ni, jauh di sudut hati, memang mereka sendiri terpaksa melakukan. semuanya demi mencari sesuap nasi, kalau terpaksa jadi gelandangan pun hanya mengharapkan makanan yang disumbangkan itupun untuk mengalas perut anak masing-masing. Tak sanggup cik za nak menaip lagi, mujur disebabkan tugas sebagai blogger, cik za kongsikan jugak. 

rakan-rakan media blogger mengedar gula-gula
Berbalik pada program tadi, Cik za mengucapkan jutaan Tahniah sekali lagi kepada Pelakon Hanis Kamal, yang menganjurkan Program Amal Kebajikan ini. Jarang kita nak lihat artis-artis muda seusia seliau sendiri yang sanggup turun padang mengedarkan makanan, keperluan diri serta baju-baju yang masih berkeadaan elok serta menghiburkan anak-anak gelandangan. Jelas terpancar kegembiraan wajah-wajah kanak-kanak yang berasal dari gelandangan, sehingga ada beberapa sukarelawan yang menangis dan sebak melihat mereka. 
Para petugas sukarelawan sibuk mengasingkan sumbangan 

sesi mengagihkan makanan

Aktiviti conteng-conteng muka
Persoalan ada yang mengatakan, APA KERAJAAN MALAYSIA BUAT? 

Meh sini nak share sikit, ini bukan mengampu tapi secara cik za sebagai rakyat malaysia , Kemudahan di Pusat Transit Gelandangan Medan Tuanku, Kuala Lumpur, Antaranya Kabin Rawatan bagi mereka yang sakit secara PERCUMA! ( mereka tidak mampu untuk membeli ubat-ubat dan bayar kos rawatan ) Kabin Ruang Surau untuk Gelandangan itu sendiri nak menunaikan Solat, Juga disediakan Kemudahan  Kabin  Mandi dan Tandas. Mana yang sempat cik za snap! Untuk Bukak mata semua. 

Kemudahan di Pusat Transit Gelandangan, Jalan Pahang, tersedia ruangan yang sama seperti di Medan Tuanku, cuma yang membezakan adalah mereka disediakan tempat tidur seperti katil tilam dan bantal untuk mereka tidur. 
sumber google
Dan sebab itulah, mereka dan golongan seperti ini amat-amat memerlukan sumber makanan dari mereka yang prihatin, kadang mereka tak minta tapi sebagai rakyat malaysia yang prihatin, tidak salah jika keluarkan sedikit belanja untuk membeli makanan sebagai tanda Prihati kepada mereka. Cik za terkejut sangat, Ada beberapa badan beruniform sanggup mengeluarkan duit gaji sendiri sebagai tanda prihatin berkongsi untuk membeli makanan serta mengagihkan kepada golongan gelandangan yang ada di sekitar Kuala Lumpur. 
Rakan Blogger yang terlibat 

Ini namanya welfie Dinding ” aku first time dengar “
Sebelum menutup akhir penulisan ini, Jutaan Terima Kasih Kepada Penganjur Program Amal Sebegini kerana telah berjaya membuka segelintir rakyat malaysia termasuk golongan pelajar Universiti sendiri turun padang untuk sama-sama mengagihkan sumbangan kepada golongan sebegini, berharap sangan program-program sebegini mendapat liputan luas di media sosial dan cetak. Ini adalah pertama kali cik za sendiri turut serta dalam program amal sebegini. Bila kita sendiri turun padang bersama-sama meraka, jiwa kita dapat merasa kehidupan mereka. Tak lupa juga kepada rakan-rakan media blogger yang lain. 

 879 total views,  6 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge