RESEPI Uncategorized

Resepi Laksa Johor Versi Low Budget

Resepi Laksa Johor Versi Low Budget – Tiba-tiba teringin yang nak masak Laksa Johor untuk makan malam bersama keluarga, tapi kalini rasanya kita buat versi Low Budget, Bagi yang berkehidupan  bujang seperti aku ni, terutama pada yang mereka duduk bujang bersama kawan-kawan di kotaraya, adakalanya budget kena saving yang teramat, almaklumlah sewa rumah lagi kan. Tapi resepi yang aku nak kongsi ni, mudah je tau, sesiapa je boleh lakukan Resepi Laksa versi Low Budget. 
 

Resepi Laksa Johor Versi Low Budget

 

Bahan- Bahan 

  • Mee Laksa / Spagetti ( San Remo )
  • 10 Ekor Ikan Kembung ( Size sedang )
  • Daun Kesum
  • 3 sudu besar Kerisik
  • 4 sudu besar Serbuk Kari ( gaul dengan air )
  • 4 keping Asam keping
  • 2 Cawan Santan
  • Air
  • Garam
  • Minyak Untuk Menumis

 

Bahan Perlu Dikisar 

  • 2 Ulas Bawang Besar
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • 1/2 inci Halia
  • 2 Batang Bunga Kantan
  • 1 Batang Serai

Hiasan Sampingan 

  • Telor Rebus
  • cili api ( hiris halus )
  • sambal belacan
  • kacang panjang / salad
  • limau kasturi
Cara-Cara Nak Masak 
  • Rebuskan ikan terlebih dahulu bersama asam keping, untuk mendapatkan air rebusan ikan tersebut. ( Satu Periuk Air digunakan ) Setelah didih, asingkan tulang ikan dan isi terlebih dahulu, Hancurkan Isi ikan tersebut tau. lenyek-lenyek lah sampai lumat. Jangan dikisar pulak. Terlupa pulak, tulang ikan tu tak digunakan lagi, boleh buang dah,
  • Untuk penyediaan Mee Laksa / atau Spagetti wajiblah rebus terlebih dahulu, jika korang guna mee laksa yang sedia ada rebus hanya 2 minit sahaja, bagi penggunaan Spagetti pula, korang wajib rebus sehingga kembang tau.
  • Tumiskan bahan kisar tadi, sehingga garing dan naik bau tau, Pastu masukkan serbuk kari, Daun kesum dan asam keping, dan yang wajib adalah Garam.  Biarkan seketika sampai naik bau. Lepastu masukkan Kerisik dan Santan , kacau rata-rata, Biarkan 5 minit, Masukkan air rebusan ikan tadi bersama isi ikan yang dah dilenyek2 lumat tau. Biarkan seketika.
  • Cuba rasa garam terlebih dahulu, kalau sesuai tambah ikut suka korang tau. yang penting sesuai lah dengan selera korang. Bila dah siap didih kuahnya. apa lagi. dah boleh hidang untuk santapan makan malam korang.

 Komen Murni Cikza

Rata-rata mesti tertanya-tanya berapa kos yang perlu dikeluarkan untuk menyediakan semua bahan ni, semuanya bawah RM50 sahaja tau, Total aku kena keluarkan kos beli bahan pula, semuanya RM30.20 sahaja. Tapi aku lagi suka beli barang di kedai peniaga dikalangan warga Acheh atau Thailand, sebab lagi murah berbanding pasaraya besar. Penyediaan ni untuk 5 – 6 Orang tau. sesuai sangat, kalau berkongsi ramai-ramai, Hidup di rumah bujang ni perlukan perkongsian. So selamat mencuba lah ye.

 

 
 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge