Pendaftaran Murid Tahun 1 Secara Online – Adakah anda mempunyai anak yang lahir pada Tahun 2010 dan 2011 ? Sudah kah anda membuat pendaftaran untuk Penempatan mereka di Tahun Satu? Jika Belum, anda boleh melakukan Pendaftaran Murid Tahun Satu  bermula 1 Mac 2016 sehingga 30 April 2016

Pendaftaran Murid Tahun Satu

Pendaftaran Penempatan Murid Tahun Satu, boleh dilakukan secara online, menerusi Laman Sistem Pengurusan Sekolah bermula 1 Mac 2016. Bagi Ibu Bapa yang pertama kali menggunakan aplikasi online ini, Perkara pertama perlulah mendaftar terlebih dahulu untuk melakukan pendaftaran tersebut. 
Cara Untuk Membuat Pendaftaran / Semakan Pendaftaran
  • Anda perlu pergi ke Sistem Pengurusan Sekolah ruangan Pengguna Baru Untuk Mendaftar
  • Isikan Maklumat yang di perlukan, penuhi ruang yang kosong. 
  • Setelah Pendaftaran Berjaya Dilakukan, Anda perlu Log In terlebih dahulu di ( SINI )
    • Daripada menu Utama, pergi ke Pendaftaran Murid Tahun Satu
    • Isi ruangan kosong yang berkaitan, Klik Hantar
    • Jangan Lupa Buat semakan semula. 
Jika pendaftaran telah berjaya dilakukan, pastikan sebelum tarikh tutup, wajib disemak bagi memastikan semuanya telah dilakukan, ini bagi mengelakkan sebarang permasalahan yang lain bakal berlaku.  

TARIKH PENDAFTARAN DIBUKA ADALAH 
1 MAC 2016 SEHINGGA 30 APRIL 2016



 918 total views,  2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge