Lasagna Tak Kedekut Mozzarella Ala Pizza Hut- Salam sejahtera kepada pembaca blog yang setia membaca picisan-picisan aku. Untuk harini disebabkan keadaan aku kurang sihat, kekdahnya aku dapat update mana yang perlu aje, Lasagna memang makanan kegemaran aku, sanggat deeep lah bila tengok keju mozzarella ditarik panjang adeh! akak tak kuat dek!! Seperti yang dijanjikan aku cuma mampu sediakan resepi bujang cecampak aje tau. Selebihnya pepandai korang tambah, lagi pulak untuk makan sendiri je, bukan macam PIZZA HUT sana tu. Resepi ni aku dapat dalam facebook tapi aku olah balik. 


Resepi Lasagna Bujang
Bahan A ( Ditumbuk
3 ulas Bawang Putih 
1 Ulas bawang merah 
Bahan B 

Daging Cincang 
( Sukatan ikut korang, Brand paling best adalah Ramly )
Hot Dog 
( Dihiris ikut suka )
Sos Spagetti ( Prego
1 Peket Keju Mozzarella 
2 Keping Roti Gardener
1 Biji Telor
Garam 
Minyak
Cara -Cara Nak Masak 
Langkah 1 ( Inti )
Panaskan minyak masak, Tumiskan Bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau, Pastu masukkan daging cincang dan hot dog gaul rata dan biarkan 1 minit., Masukkan Prego dan gaul rata sehingga naik bau, Masukkan Garam secukup rasa. 
( if korang nk pedas, boleh letak cili giling dan tumis sebagai penambah perisa ) 

Langkah 2
Sediakan loyang bulat, ratakan inti tadi sehingga menutup ruangan bawah untuk lapisan pertama, taburkan mozarella bebanyak ikut suka korang, Then lapiskan dengan roti gardener yang telah dicelop dengan telor tadi, Ulang step ratakan inti dan taburkan mozarella. Sehingga habis. Panaskan oven dengan suhu 150″, Bakar selama 40 minit. Lepas masak Jangan Lupa Hidang dan Snap Pic 
(Kalau sudi,  Jangan lupa kredit ke blog kita ) 
Boleh tambahbaikkan kongsi bahan-bahan tambahan yang lain. 
Harap korang dapatlah ikut step by step yang diberi, pada aku lagi afdal korang campak-campak memang sedap tak terkata tau. Lagi Pulak perut tengah lapar ni. Dah pandai buat western ni, makanya dah pandai masak lah kiranya, cuba buat resepi ini pulak > Resepi Asam Pedas Muar 

 1,793 total views,  8 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge