Jika anda yang sudah berkeluarga, seharusnya peka tentang keadaan sekeliling, bukannya apa di generasi sekarang, seawal 5 tahun telah didedahkan dengan penggunaan smartphone oleh para ibu bapa sebagai alternatif untuk pembelajaran dalam talian, sebagai contoh yang ada youtube terutamanya, Para ibu bapa yang terlampau sibuk bekerja kini mengambil endah tak endah tentang perkembangan anak-anak mereka terutamanya dikalangan yang masih berada di bawah umur. 
” Budak kecik bukan tahu apa pun pasal tab ni abang, jangan risau lagi pulak cuma dieorang pandai bukak youtube sahaja” jelas si ibu kepada ayah. Tapi! anda sebagai ibu bapa silap di situ, kerana, generasi sekarang adalah generasi bijak it. Seawal usia 7 tahun pun sudah mempunyai akaun Facebook dan sebagainya. 
SmartPhone Dengan Harga Murah Dan Mampu Milik 

Kini, smartphone lebih mudah didapati dengan harga sekitar Rm 150 keatas, dan beranggapan banyak kegunaan semudah A,B,C sesuai untuk mereka dikalangan seawal usia 5 tahun hendaknya. Kepercayaan telah diberi tapi adakalanya mereka tidak mengetahui yang bala bakal terjadi.Dalam Smartphone itu sendiri terdiri daripada, pelbagai aplikasi antaranya Whataps, Wechat, Facebook dan sebagainya. Jadi tak mustahil kita dapat melihat kanak-kanak menggunakan applikasi akaun Facebook seawal 7 tahun. 
Media Sosial Meluas Tanpa Pengawasan

Inilah contoh jika, ibu bapa tidak prihatin tentang perlakuan anak masing-masing tanpa sebarang pengawasan. Seharusnya Kita sebagai Ibu Bapa amatlah penting memantau pergerakkan anak-anak masing untuk mengetahui setiap aktiviti yang berkaitan. 
Aplikasi Yang Merosakkan Minda 

Kini pelbagai aplikasi yang boleh mensongsangkan minda terutamanya kanak-kanak, sedang aku kononnya nak download game, tetiba terpandang aplikasi Grindr yang agak bhebatnya dikalangan Gay-Gay yang ada, bukannya apa. Aplikasi ini seolah lagi menggalakkan mereka melakukan benda yang sensongsangkan. 

ini adalah salah satu aplikasi yang paling popular bermula dari tahun 2009 sehingga ke harini, aplikasi ini adalah khususnya untuk golongan gay yang berada di seluruh dunia, Jika di tanya pendapat, aplikasi ini di luar negara di gunakan oleh mereka yang ingin mencari teman satu malam atau ( one night stay ) dan jika di seberang, aplikasi ini di gunakan untuk mencari sahabat baik yang boleh melakukan aktiviti bersama, tapi jika di malaysia pula apa guna untuk dan keberuntungan aplikasi ini? Dan bayangkan lah kalau anak-anak kita samada yang telah peringkat sekolah menengah Instal aplikasi ini katanya tujuan suka-suka, pandangan kita sebagai ibu bapa adakah merelakan dan membiarkan. Seharusnya, pemantauan wajib bermula dari kecil lagi. 


 784 total views,  2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge