Hebahan Bank Negara Berkenaan Senarai Syarikat Yang Masih Tidak Sah ( Sumber Bank Negara ) – Terlajak perahu oleh undur, Terlajak kata memang padah, Ramai, terutama golongan muda yang mempunyai masalah kewangan mudah tertipu dengan pelbagai skim yang menyebabkan mereka menjadi kaya. Tetapi tahukah kalian sbelum nak cebur satu perkara wajar lah kita membuat selidik terlebih dahulu. 
Amalan penabungan emas memang digalakkan, dan untuk jangkamasa akan datang rata-rata ramalan akan mengatakan bahawa yang Harga Emas bakal melonjak tinggi, tetapi sebelum membuat pelaburan emas wajib kita menyelidik terlebih dahulu samada, syarikat tersebut benar-benar sahih dan berdaftar di bawah Bank Negara Malaysia. 
sumber google

Hebahan Bank Negara Malaysia 

Sebanyak 258 syarikat yang tidak bertauliah tidak diberi kelulusan dibawah undang-undang, rata-rata kebanyakkan syarikat adalah terdiri daripada Syarikat berkaitan Pelaburan Emas, semua berdasarkan aduan dan pertanyaan yang telah dibuat oleh orang awam terhadap bank negara. Sumber adalah didapati sendiri dari Laman Sesawang Bank Negara Malaysia, berikutan kini banyak kes penipuan melibatkan emas telah dilaporkan, Syarikat tersebut telah di masukkan dalam listing tersebut adalah :- 
  • Ostim Academy
  • Safeena Gold Gallery
  • DBB Star Sdn Bhd
  • Aziera Enterprise
  • GGT Golds Sdn Bhd
  • Global Golds Trading
  • Triple One Management Pte Ltd (T1FX)
  • HiFX Asia
  • Mecca Fund Global
  • Highway Group Resources
  • HG Resources Sdn Bhd
  • Zenith Gold International Limited
  • www.powergold.biz ( New website for Amethyst Gold Creation Sdn Bhd )
Kesemua senarai diatas adalah berdasarkan update paling latest 25 / 2 / 2016 ( BNM NOTICES & ANNOUNCEMENT )

Tak salah jika kita nak membuat sebarang pelaburan, tapi jika kita mengambil risiko untuk melabur disyarikat yang masih bergerak aktif dan tidak di daftar dibawah kelulusan Bank Negara Malaysia itu sendiri, kelak akan datang pelbagai masalah bakal timbul. Dan jika tertipu sekalipun, Bank Negara sendiri tidak dapat membantu apa-apa selain laporan polis telah dibuat. 
Pasti ramai tertanya-tanya, syarikat yang masih tidak diberi kelulusan yang dikatakan berjumlah 258 tu, usah khuatir. Kalau masih ragu-ragu, korang boleh cuba bukak laman sesawang Bank Negara Malaysia bagi menyemak senarai syarikat yang terdiri dari golongan tidak berdaftar di bawah Bank Negara. — UPDATE TERKINI SYARIKAT YANG TIDAK DIBERI KELULUSAN BANK NEGARA 
Sebab tu aku sendiri ragu-ragu nak buat sebarang pelaburan, cuma kalau berkaitan emas, lagi selamat jika aku sendiri lakukan terus ke bank-bank yang terlibat dan berhampiran, kerana itu lagi afdal. Jangan lupa menyemak senarai tersebut. 
sumber-sumber ni, aku sendiri dapatkan dari laman Bank Negara Malaysia, mulanya aku terkejut kerana salah satu syarikat dalam senarai yang di beri adalah merupakan Sahabat Facebook aku sendiri. 

 825 total views,  2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge