Terbaik Di Tadom Hill, Banting – Assalammualaikum korang, yang setia menjadi pembaca blog aku ni. Pembuka awal tahun 2016 dengan lafaz bismillah rasenya travel tempat-tempat menarik mengikut bajet memasing. Untuk pembuka tirai tahun 2016 Tadom Hill Resort menjadi pilihan kami beriadah dan melepaskan tekanan kerja.
Seperti Biasa janji melayu 9.00 Pagi *sudahnya jam 12.30tgh bertolak kesana,* congak debak debuk masuk jem bagai, so kami sampai lebih kurang jam 2.30 petang. Maka dah tawaf satu kampung rupanya salah jalan, gara-gara hadap *waze yang hampeh* Masa sampai tu dah rasa teruja bagaikan kanak-kanak ribena almaklum baru pertama kali sampai. Jom tengok Trip Perjalanan Paling Awesome
![]() |
sumber google |
( Checkpoint 1 )
- Waktu ni sesampai di Tadom, first kami semua terus ke checkpoint pertama, almaklum beberapa borang kena isi, antaranya butir peribadi dan kalau korang datang by grouping memang ada satu borang kena isi. Sebabnya takut kalau ada sebarang kecemasan, atlease butir-butir dah ada dalam borang yang korang dah isi.
- Then bila semua dah selesai, terus ke Kaunter Pembayaran. dan terus buat bayaran kat sana, so group kami terdiri daripada 8 orang termasuk seorang budak bawah 12 tahun. so total adalah RM193 ( RM25 x 7 Dewasa + RM18 x 1 Kanak-Kanak ), sebelum nak masuk tu dah kena pakai Wristband itu perkara wajib tau.
- Kami di beri penerangan tentang sekitar yang ada di Tadom Hill. Memang waktu tu 1st aku dah teruja tengok deme-deme kat sini terjun dalam air.
Faktor Keselamatan
- Faktor keselamatan itu penting dalam semua aspek, kerana kedalaman kawasan tempat nak mandi ni sedalam lebih kurang setinggi pokok kelapa *kata budak jaga checkpoint pertama. Tapi itulah kan, kalau degil jugak takmo pakai jaket keselamatan, tanggung sendiri lah akibatnya,
- Jaket keselamatan pemakaian Jaket Keselamatan penting, kawasan dalam, bila terapung tu life jacket lah sebagai pelampung kiranya. Nampak kami ikut peraturan, semua nampak oyen! So enjoy time!
![]() |
gigih i tau nak naik rakit punya pasal |
![]() |
berakitlah kita |
![]() |
dah upe paus terdampar |
![]() |
hati gabra gara-gara kaki tergantung je |
Memang kami semua harini buat kerja gila lah, gara-gara nak penuhkan schedule weekend kami yang always full dengan kerja, sesekali merehatkan minda. mesti korang tertanya-tanya tentang Tadom Hill
Tadom Hill Resort mempunyai keluasan 40 ekar Bukit Batu Kapur, Mempunyai resort mampan yang hampir semua struktur berkonsepkan Bamboo ( Buluh ), pelbagai kemudahan yang disediakan antaranya The Bamboo Hall, Tadom Hill Cafe, Bamboo Surau, dan yang paling penting Bamboo Shower and Toilet. Terletak di Banting, untuk kesini mengambil masa 12 minit dari KLIA dan 45 minit dari Kuala Lumpur.
Masa sampai kat Tadom pun kami nampak ada yang datang untuk mengambil gambar pre-wedding shoot tau, Kalau aku rasenya mau kena kejar penyapu ngan mak ros and pak mad. bebenda pelik sure-sure lah deme tak boleh terima. jom cuci mata sekitar Tadom Hill.
Serius memang memikat hati, sebenarnya yang pasti bagi aku tempat ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin buat Team-Building dan Family Day Event, persekitaran tempat tu memang ekstrem, satu je yang aku tak berapa nak berkenan (If kalau boleh amatlah tak sesuai untuk kanak-kanak yang bawah 12 tahun dan memang wajib di bawah pengawasan Ibu Bapa if nak pergi sekalipun. kawasan tu bahaya untuk mereka.) Bagi mereka yang minat dengan nature place, so memang di rekomen kan kawasan inilah yang terbaik untuk berkompul bersama kawan-kawan. Kalo pergi berdua rasanya tak berapa nak seronok and havoc, kalau boleh bawalah 3-4 couple.
Enjoy Time Dah Tamat, Moh Pulang Ke Sarang!
Jom Bergambar Kenangan! Peace!
Sumber : Facebook – Melankolik Chinta Lu’Lu
Cara Nak kesana :-
Waze :
(Tadom Hill Resort)
*Dah masuk simpang flyover bawah tu, slow-slow ada lorong kecik nak masuk,
kalao terlepas just belok kiri then nampak carwash, masuk simpang kat tu.
Tadom Hill Resort / Tadom Hill Base
Bukit Tadom, Kampung Labuhan Dagang
42700 Banting, Selangor
Waktu Operasi
10.00 Pagi – 6.30 Petang
(Isnin Tutup)
Untuk Booking : info @tadomhillresort.com
Facebook : Tadom Hill Resort
Instagram : Tadom Hill Instagram
Website : Tadom Hill Resort Web
eh jelesnyeee…tak pernha lg g sini..huwaaaa
yaya cendana recently posted…Perencah Segera PAK NGAH di AIDILFITRI !!
try pergi, tapi akk dh xnak pergi lagi.. air lombong berbau..