Review Seram : Tag-Along 2016 – Assalammualaikum kepada pembaca blog kita, and i will appreciate if korang rajin kunjung dan tinggalkan komen. Untuk Review Movie kalini adalah memang cerita seram, serius memang seram tak terkata aku dalam panggung. Baru-baru ni, memang kami plan nak layan movie bersama opismate, lama gak plan tau, since watching The Boy 2016 memang next cerita ni menjadi pilihan.

SINOPSIS TAG-ALONG 2016

Berkisahkan tentang seorang gadis kecil dalam pakaian merah mengikuti mereka di laluan gunung. Tiada siapa dalam pasukan tahu atau melihat gadis itu, tetapi dia dipercayai menjadi Moxina , sejenis setan gunung dikenali untuk mencuri manusia – biasanya kanak-kanak dan warga tua. Wei, seorang Broker Rumah yang dibesarkan oleh neneknya Liu Yin Shang dan tinggal dirumah yang sama, Satu masa kawasan kejiranan mereka dikejutkan dengan berita kehilangan penghuni perumahan mereka tersebut, Namun Wei tidak mengambil peduli, dan endah tentang hal tersebut. sehinggalah kehilangan nenek beliau sendiri yang mengejutkan para penghuni perumahan tersebut. Pelbagai peristiwa aneh berlaku, antaranya muncul lembaga aneh berupa seorang budak yang memakai pakaian merah. Para penduduk percaya ia mesti ada kaitan dengan misteri gunung tersebut sehinggalah kehilangan Wei pabila selepas nenek Yin Shang pulang ke rumah. Saat itu, teman wanita Wei, berasakan kepentingan Wei dalam hidup beliau, dan tekad untuk menyertai misi pencarian Wei di Gunung tersebut, Dapatkah Wei di temukan ?

Trailer Tag-Along 2016
 
Scene Wajib Tengok 
 
Serius aku nak bagi tahu, scene yang korang wajib tengok adalah part bila dalam rumah nenek shui, banyak peristiwa aneh berlaku. Plot seram dah mula muncul bermula dari situ.
Komen Dari Mezquitalifestyle 
  • Part seram mula terjah bila gadis berbaju merah yang dipertontonkan oleh wei dalam kamera tersebut mula berkeliaran mencari mangsa seterusnya demi seterusnya. part tu memang seram sebab penuh unsur terkejut, seram habis. *ketakutan 360′ tau.
  • Sememang jalan cerita plot seram tu kena dengan jiwa aku yang minat cerita-cerita berkaitan seram ni.
  • Plot seram ketara bila dalam hutan, macam-macam peristiwa berlaku, penuh tanda tanya dan penuh kejutan bakal berlaku, rasanya tak rugi menonton cerita tu.
  • Unsur kekeluargaan yang di ketengahkan amat berkesan, meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati aku.
Rating terbaik aku nak bagi adalah

4 / 5 Bintang 

Movie Baru Nak Release lah

[OFFICIAL TRAILER]: The Revenant: Left for Dead, Back for Vengeance

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge