(REVIEW FILEM) The Forest menakutkan? – Salam sejahtera semua, minggu lepas puas lah memujuk si gebu nak tengok wayang kononnya seram lah kan, Sebelum nak hadap tu wajib tengok trailer sah! Bagi kita lah seram kot. Alkisah nak layan Dilwale tapi masih Full House lagi, maka terjebak lah tengok cerita THE FOREST yang mula ditayangkan pada 7 Januari 2016 yang dikatakan seram tu. 

Berlatar belakangkan Hutan Aokigahara, Jepun yang mana merupakan tempat orang menamatkan hidup mereka di situ. Seorang wanita Amerika, Sara, telah ke tempat tersebut bagi mencari kembarnya yang hilang secara misteri. Walaupun ramai orang memberi amaran kepadanya supaya tidak melalui tempat itu, namun Sara memberanikan diri masuk ke hutan untuk mencari kebenaran mengenai nasib kembarnya itu. Bagaimanapun dia terpaksa berdepan dengan roh-roh yang marah dan akan menyerang sesiapa yang melalui tempat mereka.

Sebenarnya hutan yang dimaksudkan tu bukanlah di malaysia ke us ke tapi di jepun, kalau korang rajin try lah google HUTAN AOKIGAHARA, rasenya mesti ada yang termuntah atau tergamam atau tak boleh lelapkan mata. apa kata jom layan trailer ni dulu tau.

So dah tengok trailer tu ke? teruja atau menyampah nak tengok? rasanya seram kot bagi koranglah yang minat cerita seram jom terjah beberapa komen tentang FILEM THE FOREST ni. 

Bagi kita keseluruhan cerita ni memang okeh, sebab ada unsur psikologi. mainan perasaan dan more kepada pemikiran. 

Unsur terkejut tu bagi kita memang okehlah, part kat sara terkejut nampak nenek tua rupanya sakit nyanyuk tu memang mendebarkan tu, part yang berunsurkan terkejut tu terlampau banyak sampai buat kita jadi demam terkejut tau. 

Suasana seram dan penataan bunyi tu memang terbaik. Bagi kita okehlah kan berbaloi lah untuk menonton dari tak buat apa-apa kan. 

    Rasanya sampai disini jerlah nak komen tentang filem tersebut. ini lah filem pertama yang berjaya buat aku demam terketar, sampai takde mood nak pergi berkelah. 
    Rating : 3/5

     1,111 total views,  3 views today

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge