Noah Pancake Krabi Dagang Avenue Foodcourt – Salam sejahtera kepada semua pembaca blog readers yang dikasihi, Rasenya ada beberapa baki entry yang belom sempat di-update pasal makan, Dagang Avenue Foodcourt Ampang, rasanya nampak simple, tapi ada satu tarikan yang buat za selalu kesana, Pancake Krabi Noah, Kalau korang yang pernah ke krabi, mesti rindukan pancake di sana. 

1st time za cuba, masa tu dapat penerangan dari staf yang bahan utama adalah diimport dari Krabi, Tahiland. Untuk mengekalkan rasa yang asli, Pelbagai tepung telah digunakan tapi semuanya tak menjadi seperti yang diharapkan, Nampak gaya pancake ni, seakan seperti kebiasaan sahaja, tapi belom rasa intipati dalamnya, Bagi za, jika singgah kat sini, wajib pekena 1 dulu, kalau berterusan order 2 nanti dikatakan gelojoh pulak. 
Pancake Noah Special  yang ni disuggestkan oleh tokey kedai tu, harga pun mantop murah tapi sedap below RM6 sahaja. Nampak tak penuh dan meriah dengan coklat yang bertaburan atas tu, Saje request lebih coklat tu. Betapa meriah dilambakkannya coklat tu. Bila di tanya rupanya setiap pancake yang dihidangkan wajib ada banana atau pisang, kerana itulah rasa pancake yang sebenar, kalau mak bedah kekampungan akan panggil lempeng pisang, ni english style pancake banana. 
Terdapat pelbagai perisa Pancake Pisang Noah yang disediakan :-
  • Pancake Noah Banana + Nutella
  • Pancake Noah Banana + Milk
  • Pancake Noah Banana + Coklat
  • Pancake Noah Banana + Strawberi
  • Pancake Noah Banana + Cheese
  • Pancake Noah Banana + Madu
  • Pancake Noah Banana + Cheese & Egg
  • Pancake Noah Banana + Peanut Butter 
  • Pancake Noah Banana  Special  ( Choc + Nutella ) * Paling Laris

Bagi mereka yang ingin kesana :-

Original Recipe Pancake from KRABI, Thailand.
Dagang Avenue Foodcourt Ampang, Taman Dagang
 Call – 016-6677083


Operation Time: 

6pm – 1pm ( Tuesday – Friday )
6pm – 2pm ( Saturday Sunday )
* CLOSE on Monday *

 895 total views,  2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge