Misi Mencari Bubur Berlauk Di Kg Baru – Salam sejahtera semua kepada mereka yang kaki makan setia hadap blog capok kita ni, Baru-baru ni rasa tak sedap badan ditambah pulak setiap petang ni always masuk gym, almaklum tekad habis nak turunkan berat badan tau. Bila tiba weekend mula lah cari makan pelik-pelik sikit. Suraya Seafood, Kg Baru. kedai sinonim dengan warga mereka yang amat sukakan masakan thai seafood. 
sumber google

Tapi masa nak masuk kat pintu utama kedai tu, meriah dengan pelbagai jenis kerabu, macam-macam korang boleh request tau, tapi aku datang cuma nak pekena Nasi bubur berlauk, sebab nampak dari tepi bersusun menu-menu nasi bubur tu macam – macam ada tau. rasanya naik juling mata then aku pun tak tau nk mula dari mana. 
Ini adalah tangkapan sampingan konon nak makan dengan bubur lah kan, serius kerabu suhuun ni menjadi pilihan aku sebab pertama kali aku coba ada rasa pedas-pedas dan masam-masam sikit buat aku rasa semsuai bagi mereka yang on – diet ketika ini. Jadi makan begitu pun dah kira okeh, tapi misi utama aku adalah mencari nasi bubur berlauk tau, 
Nampak mengiurkan kan, tapi tak tahu nak pilih mana satu, lebih dari 10 jenis lauk yang disediakan tau, aku tak tau lah nak pilih apa, cuma mengikut tekak aku, lauk memang nampak agak kesuraman sikit tapi rasa tu jangan kata, cendawan pulak diolah menjadi cendawan masak sos tiram memang terbaiks etakat ni, tak rugi datang mencuba tau. Aku rekomenkan sebab kedai ni dah lebih dari 5 orang yang beritahu sedap dan environment memang best. sure aku datang lagi. 
Bagi mereka yang ingin ke sana :
Restoran Suraya Seafood
Kampung Baru (Jalan Raja Muda Musa)
Kuala Lumpur50300Malaysia

RATING : 4/5

 5,989 total views,  2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge