Lokasi Makan Ikan Bakar Murah Dan Banyak Pilihan Di Bangi – Salam sejahtera kepada semua pembaca blog yang ohsem lagi menawan. Rasenya tak lambat lagi kot nak berkongsi sesuatu yang menarik tentang restoran ikan bakar yang punya banyak pilihan dan murah berlokasi di Bangi. Restoran D’Limau Nipis berlokasi di Bangi, Waktu tu mecari kedai nak sarapan pagi, disebabkan jam pun dah menunjukkan 11.30 pagi, waktu tu paling afdal kiranya g makan lunch terus. Terujanya waktu tu bila melangkah je kedai makan tu, terus meriah melihat tersusunya ikan bakar yang siap untuk dihidangkan.
Bersusun ikan bakar yang ada, rasenya di setiap pinggan tu, ada tertulis harga setiap ikan tersebut. rasenya ada ikan cencaru, pari, sotong bakar, ikan perkasam pun ada, Waktu sampai tu orang tak berapa ramai jengah lagi.
Sape peminat ulam kat sini, haa! disediakan pelbagai jenis ulam antaranya jantung pisang, salom, timun, salad, terung rebus, bendi rebus. Berlawan dengan pelbagai cicah yang ada, antaranya Budu, Cencalok, Sambal Belacan goreng, Sambal belacan, mcm-macam lagi ada. Rasenya memang jangan jangka puas hati dan terbaik.
Sotong Bakar, rasenya memang terbaik, murah tau satu pinggan ni harga tak sampai RM10 rgt pun. Sambal yang di perap pun rasanya bukan calang-calang, manis pedas sedap tau. tak rugi mencuba, Biasa tak perlu jejauh nak pergi pantai semata nak cari sotong bakar, di bangi pun ado.
Kari Kepala Ikan, rasenya kalau lepak kedai mamak satu bekas besar camtu je mau jangkaan anggaran lebih kurang RM40 keatas, kuah belom tentu banyak camtu. Tapi rase memang terbaik walau tak sama seperti mamak. yang penting sedap dan murah itu yang di cari. Kari yang dimasak pekat seakan terasa macam korang makan kat kedai mamak,
![]() |
sumber google |
Salah satu tarikan di sini, adalah Air Limau Nipis yang wajib za rekomen, sorry sebab gambor terdelete, memang best, manis-manis masam gitu, Mula ingatkan cendol tapi rupanya gabungan aiskrim vanila, Pes Limau Nipis and pelbagai bijian penambah perisa. Sesuai dengan cuaca el-nina sekarang i wajib pekena segelas. Lagipun mesra pelanggan dan alam, habis gunapakai terus buang tong sampah. dan sesuai di bawa kemana aje.
“Memang cadangkan dan rekomenkan kedai ni tuk kengkawan yang duduk di sekitar Bangi, Kajang, Putrajaya supaya coba rasa sendiri ikan bakar dan masakan lain yang disediakan memang terbaik dan sangat terbaik.” Puan Rosnah
“D-limau nipis memang terbaik sebab bersusun ikan bakar, ulam-ulam dan cicah pun sedap-sedap, harga pun murah tapi selalu ramai sangat kat kedai tu…” Puan Rohana
Bagi Mereka yang ingin ke sana :-
No. 201 & 205,
Jalan 8/1,, Seksyen 8,,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor, Malaysia
Phone:+60 3-8925 6705
Nampak macam menarik dan sedap.Lepas ni nak cubalah jika berkesempatan
serius wajib mencuba, sebab setiap yang dihidangkan disediakan harga, so mudah untuk rancang bajet korang sume 🙂
pernah nmpk restoran ni tp x pernah lg mkn dkt situ klau x salah