Kematian Itu Pasti Tiba

Kematian Itu Pasti Tiba – Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung blog aku untuk harini, seperti biasa untuk harini adalah mood suram untuk aku menaip mengikut kata hati, Tajuk atas ni buat aku semakin hiba dengan apa yang aku rasa, Benar kata orang setiap yang hidup pasti akan meninggalkan kita. Seperti apa yang dilalui sahabat aku harini, dalam kegembiraan yang dilalui jauh disudut hati ada terselit kedukaan. Pengkhabaran sedih buatnya di terima bila Ayah yang tersayang pergi meninggalkan beliau untuk selamanya. Takziah dari aku sekeluarga sayang. 
sumber google

Aku faham apa yang dia rasa mungkin tidak sama dengan apa yang aku lalui. Aku tak dapat nk gambarkan betapa kesedihan melampau tatkala berada di tempat kau sahabat. Ayah yang menjaga dari sejak kita berada dalam perut ibu dan yang tatang kita sentiasa, serta membantu kita dalam kesussahan kini meninggalkan kita buat selamanya. Aku faham kesusahan yang dia hadapi, begitu juga dia, selalu dengan aku sentiasa if aku menangis dan dalam kesulitan. itulah sahabat yang betul-betul kita cari 
Kematian semakin hampir, tapi kita sendiri lupa untuk mengamalkan serta menmbah pahala yang ada, malah terus melakukan kealpaan dunia. saat itu kita tidak sedar sedikit demi sedikit kita diuji dengan kesakitan dan kehilangan. 

Buat sahabat yang bernama ain shariae, terima kasih susah senang dengan aku sepanjang 6 tahun, saat kehilang itu pasti tiba, mungkin harini adalah harimu, esok lusa adalah mungkin hariku, setiap hari aku berdoa kesejahteraan sahabat aku, doa aku sentiasa dengan kau, aku paham atas kehilangan orang yang membesarkan kita, kerana aku tahu dia adalah satu-satunya tempat kau bergantung harap setelah kehilangan ibu kau, susah kau adalah susah aku, 6 tahun kita kenal, Kau sulit, aku sentiasa dengan kau, Tatkala aku sulit, kau sentiasa dengan aku. Bertabah sabahabat, aku sentiasa dengan kau. sebab kita dah berjanji susah senang macamana pun kita tetap bersama. …” 

 Hargailah orang tua atau yang tersayang sementara masih bernyawa, kelak takut kita akan menyesal dengan setiap tindakan yang kita buat. Setiap kehidupan pasti ada pengakhiran. Setiap yang bernyawa pasti ada yang terhenti.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge