Jalan-Jalan Makan-Makan Lagi Di Ampang – Salam sejahtera kepada pembaca yang di kasihi, Pagi hujung minggu ni, tentu ada yang mereka tak sempat siapkan sarapan, atau ada yang beralih angin ingin mencuba sarapan di luar, Di rekomenkan satu gerai pilihan TV3 sendiri tau, Warung Saleha, yang terletak di Kampung Pandan. Jika sebelum ni, hanya kirim tapau sahaja dari member yang berkunjung kesitu, Nah! terasa pulak nak ke sana.
sumber google |
Seperti kebiasaan warga kota disini terutama mereka yang bujang kebanyakkan mencari sarapan di luar sahaja, Harini ke sana punyalah ramai sangat orang, padat. Tengok pekerja pun tak menang tangan nak ambil order dari pelanggan yang berkunjujng tiba. Cuma waktu tu aku cuba mencari tempat duduk, alhamdulillah dikatakan rezeki dapatlah tempat yang strategik habis. Jika di lihat bermacam-macam ada, antaranya Nasi Lemak Saleha yang kini menjadi bualan hangat di sini. Harga pun Not bad murah. >> Jalan-Jalan Cari Makan di Bangi
Untuk harini aku mencoba sendiri lontong yang dikatakan sedap tu, ternyata memang berbaloi dan terlalu sedap, Kuah pulak tu pekat sangat, bahan-bahan rencah amcam sayur-sayur lobak dan tahu semuanya cukup, tapi ada kelainan sikit tau, selain sambal yang diletakkan sebagai penyeri, ada serunding kelapa jugak yang ditabur bagi mencari kelainan. Sedang makan baru perasan dalam kuah lontong tu di letaknya seketul ayam yang di masak bersama, bukan ayam goreng spt diatas tau. Ada banyak lagi yang terdapat kat sini, sure korang wajib pergi dan di rekomenkan sendiri oleh TV3 yang pernah berkunjung ke sini.
Bagi mereka yang ingin kesana :-
Masuk ke susur Kampang Pandan. Gerainya tidak jauh dari lampu isyarat. Anda boleh βcheck-inβ di FB, βNasi Lemak Saleha (superb)β !
NASI LEMAK SALEHA KAMPUNG PANDAN
Jalan Pandan Kemajuan A,
Kampung Pandan Dalam,
55100 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Phone:+60 3-9283 1790
hmm boleh la try kalau lalu ampang nanti
assalamulaikum…. hai…
uncle zuan : cobalah tapi kedai tu selalu penuh..
Cik Ash : hye kakak π