Char Kuey Tiaw Famous, Taman Delima Kajang – Tajuk harini pepagi kisah pasal makan, yang pasti harini tak kira jugak. Nak kongsi apa yang menarik di Kajang. Kalau datang ke kajang jangan berfokuskan kepada Satay Kajang, sesekali cuba kita terjah warung pulak. Char kuey Tiaw memang terkenal kiranya di warung mana- mana yang berkaitan. Cuma warung yang dipilih tu adalah mengikut nasib. Kadangkala sedap ada ketika kelaut rasanya, Char kuey Tiaw ni bergantung kepada cara buatan, dan kuah yang dihidangkan. Bahan yang ada itu tolak ketepi. 

Tu! nak tunjuk yang semalam aku jenjalan cari makan dengan my beloved bluehyppo. Terasa nak singgah kat warung famous katanya ni, sebab asal masuk malam je penuh. Selama ni cuma lalu je tak sempat nak singgah pun. Bila peluang dapat merasa, hamek! terkedu habis dengan hidangan depan mata. Tapi nampak burok je cara hidangan tu, macam aku kata semuanya bergantung pada kuah yang dihidangkan. 
Komen Dari Aku :-
Sangat terbaik, kuah tu memang terasa habis, walau udang yang dihidangkan beberapa ketul je. tapi yang penting kuah yang dihidangkan tu aduh! melayang pulak rasa. Kuah tu ada rasa-rasa manis dari air udang yang fresh memang berbaloi dengan harga yang di tawarkan. Walau dihidangkan nampak burok tapi macam aku kata, kuah yang memainkan peranan penting. sebab tu aku rekomenkan kepada warga kajang yang kekadang malam suka jalan-jalan ngeteh. >>> Lokasi Terbaik Ikan Bakar Murah 
Cara nak kesana 

Waze kan Rumah Anak Yatim Nur Hikmah, Taman Mesra kajang. Kedai tersebut betul-betul hadapan rumah tersebut, dan laluan bazar ramadhan Taman delima kajang, paling famous di kajang. Maaf lah korang tak sempat snap gambor kedai, 

 1,656 total views,  6 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge