Sobae Custard Puff Seakan Baulu Berintikan Custard

Sobae Custard Puff Seakan Baulu Berintikan Custard- Salam sejahtera kepada pembaca blog kita, weekend minggu lepas sambil merehatkan minda, macam biasalah jalan-jalan cari makan, takda yang pelik kita rasa sebab sememangnya kita ni adalah pemakan tegar, Weekend lepas lepas kenduri, apa lagi try masuk mall baru Quill City Mall yang terletak di tengah-tengah bandar KL, mulanya saja jalan-jalan konon muka ayu menahan lapar tu. 

Sebenarnya kita nak kongsi pengalaman pekena produk terbaru keluaran devotion.my, Bukannya apa, sedang jalan terpandang satu kedai yang ingatkan penjual baulu tegar, Rupanya baulu yang dijual tu unik sangat, Ada inti dalam tu, rupanya Custard yang pekat, likat dan rasa memang tak kurang hebat. Rase pun seakan baulu yang kita selalu beli tapi lagi lembut sangat, bila sejuk pun still kekal kelembutan yang ada tu. Kita gelarkan Sobae Custard Puff . Diasaskan tepung yang diimport dari Taiwan, sangat puas hati, berbaloi dengan harga yang dijual sekitar RM7.50 (6pcs)


Didatangkan dengan kotak yang sememangnya comel dan cute, sesuai untuk merek ayang ingin belikan untuk yang tersayang, atau di jadikan sebagai doorgift. Serius kalau korang rasa mesti tak cukup lagi, sebab kita sampai berebut hingga ke yang terakhir,  Bagi korang yang rajin jalan-jalan yang inginkan santai cafe tu. bolehlah rujuk ke alamat di bawah :-
DEVOTION
Lot LG-23, Lower Ground Floor,

Quill City Mall, 1018,

Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur.

Jangan borong 1 kotak tapi sila borang berkotak-kotak!

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge