(FILEM) Ghost Theater Filem Jepun Seram – Salam sejahtera kepada pembaca blog mezquita, rasanya masih belum terlambat untuk mengkritik atau mengkomen review filem seram terbaru khas dari jepun. Sememangnya Jepun sinonim dengan cerita seram yang paling terbaik untuk ketika ini.

Dari pengarah filem terkenal Hideo Nakata yang terkanal dalam menghasilkan karya seram, kini beliau sekali lagi pertaruhkan Filem terbaru arahan beliau, Ghost Theater, Yang menjadikan Haruka Shimazaki yang membawa watak utama sebagai Sara, Berdurasi 99 minit, meraih penonton sebanyak 57.2 million dari jepun. Konsep yang diketengahkan dalam filem ini memfokuskan kepada konsep boneka seram yang terisi dengan roh jahat.

Ghost Theater berkisarkan serorang aktivis muda yang mendapatkan peranan kecil dalam sebuah teater besar, diarahkan oleh Pengarah teater terkenal, lakonan Mantaro Koichi. Watak tersebut pada awalnya di beri kepada Aoi ( Riho Takada) seorang pelakon terkenal yang meningkat naik. namun pelbagai peristiwa aneh berlaku, antaranya Seorang staf perempuan telah terbunun dan secara tak langsung melibatkan Aoi yang jatuh dari bangunan, dan menyebabkan Sara berfikiran kes ini ada kaitan dengan boneka yang digunakan untuk pementasan. Pelbagai cara digunakan oleh sara untuk menghalang agar tiada mangsa seterusnya terbunuh, dapatkah sara menghalangnya? apa kata korang rasakan sendiri.

Mengapa korang wajib tonton cerita ni :-

  • Kesan penataan bunyi yang menakutkan, kerana setiap part ada bunyi yang menakutkan, memang buat penonton terkejut.
  • Jalan cerita nampak slow tapi penuh dengan pengisian mendebarkan yang aksi yang mengejutkan
  • Buat penonton sentiasa akan terfikir-fikir apa slot seterusnya, penuh kejutan yang buat orang kena heart attack lah kan.
korang kena rasa sendiri pengalaman, baru dapat merasa. tapi khas untuk mereka yang minat amat-amat sangat cerita seram. wajib dan digalakkan menonton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge