Korang yang suka makan ikan goreng, tauhu goreng, atau tempe goreng tu tahu tak, betapa feel kalau dapat cicah dengan sambal kicap yang pedas berapi dan senang penyediaannya.

 

Harini Cikza nak berkongsi resepi sambal kicap pedas berapi tu untuk simpanan yang tahan selama 1 bulan. Dalam peti ais.

Resipi Sambal Kicap Pedas Berapi

Bahan – BahanĀ 

  • Segenggam Cili Api Merah
  • 1 Ulas bawang besar ( potong ikut suka )
  • 4 ulas bawang putih ( potong ikut suka )
  • 2 sudu gula
  • 1 sudu garam
  • 2sk bawang goreng ( ikut suka nak letak atau tidak )
  • air
  • minyak untuk menumis

Cara Penyediaan

  • Panaskan minyak, masukkan bawang besar, cili padi, bawang putih, masak hingga layu.
  • Setelah layu, angkat dan toskan minyak
  • Kisar semua bahan yang telah digoreng tadi bersama gula,garam, dan bawang goreng. Masukkan juga kicap mengikut citarasa masing-masing.
  • Ikut suka kalau nak cair, letakkan sedikit air, kalau nak pekat biarkan pati pekat tu sahaja.
  • panaskan kuali tadi terus masak semula atas api. Biarkan 2-3 minit hingga didih.
  • Boleh hidangkan dengan ikan goreng panas-panas atau simpan dlam bekas kedap udara, dalam peti ais.

2,454 total views, 71 views today

4 thoughts on “Resipi Sambal Kicap Berapi Senang Dan Sedap”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge