Jom Menginap Di Palm Garden Hotel IOI Resort Putrajaya, Puas Hati !

Tempoh hari, kita dah cuba merasa pengalaman di Summit Hotel, Subang USJ, tapi baru-baru ni kita cuba pulak tempat baru di Palm Garden Hotel Ioi Resort Putrajaya. Nak tahu apa yang menarik dan tak menarik kat sini, sila hadam sampai habis. Kebetulan Family Day Bahagian Suami pulak.

Bagusnya Palm Garden Hotel ni, memang berbaloi sebab berdekatan dengan Pusat Beli Belah Terkemuka Ioi City Mall Putrajaya, dan juga akses ke Kompleks Kerajaan Putrajaya. Jadi mereka yang ada urusan pejabat tapi tak tahu nak menginap mana, memang sangat disyorkan disini.

Palm Garden Hotel Ioi Resort Putrajaya, Puas Hati !

 

Cara nak kesana melalui Highway Silk Kajang, dan mengambil masa selama 45 minit dari Kuala Lumpur, dan 15 minit dari Kajang, 5 minit dari Pusat Pentadbiran Putrajaya, sebelum nak kesini, Cikza dah selidik dulu bagus ke tidak, berbaloi ke tidak dengan harga yang ditawarkan. Jujur sebenarnya ada yang menarik dan ada yang tak menarik. Tapi kita cerita yang menarik dahulu. Jom kita Tour Apa Yang Terdapat Di Sekitar dan Aktiviti Di Sini.   

Persekitaran Yang Menenangkan

Melangkah masuk je, dah disajikan dengan persekitaran yang sedap mata memandang tau. Mula ingat Kolam renang tapi tempat berehat santai. Ada gazebo payung sambil dengar air pancut berderu, sesuai untuk korang rehat mata sambil hirup kopi kapal api kat sini.

Korang nampak tak! bukan di laman je tau, tapi jalan nak menuju ke bilik pun, disediakan piano untuk korang nak santai, Lagi pulak disetiap sudut turut disediakan ruangan menunggu yang buat korang feel tenang sangat. Sebenarnya bila melangkah je terus terang lah bukan nak tipu, terasa tenang sangat suasana kat sini. Mungkin sebab susun atur buat nampak mendamaikan.

Bilik Yang Selesa & Katil Yang Empuk 

Bilik yang kami sekeluarga menginap disini, Heliconia Room,Yang pasti katil besar walau dapat katil bujang pun dah kira selesa yang amat. Nak bagitahu ni, bilik ni pun besar tau, siap boleh main kejar-kejar dalam bilik tu. Luas sangat, Yang penting ada internet akses walau datang dengan berkumpulan, sebab sebelum ni memang sangat kecewa sebab takde akses internet, dengan alasan sebab Cikza datang by grouping jadi, tiada akses disediakan, nak tau hotel mana – Kecewa Wifi Tidak Disediakan Dengan Alasan Datang Berkumpulan.

Moh kita lihat kelebihan dan kekurangan yang disediakan disini, sepanjang berada disini, setiap pelosok bilik jugak Cikza dan suami kaji. Jom scroll lagi hasilnya.

Extra Bantal Dan Alas Tidur Lembut Antara Kelebihan Yang Ada Disini 

Jangan terkejut, inilah kelebihan yang ada disini, jika kebanyakkan hotel hanya menyediakan bantal sahaja, tapi disini terkejut tau, ada jugak menyediakan alas tidur sekali. Jadi tak perlu rugi bazir duit nak add-on bantal dan tilam, semuanya dah tersedia.

Function Tip Top! Memudahkan Dan Menyenangkan Kerja. 

Taknak gangguan? mudah je, ada suis tau nak off button loceng and kalau bilik bersepah tunggang langgang tapi taknak pembersih bilik datang, cuma switch on je button tu, nanti cleaner dan loceng takkan berfungsi, jadi korang nak honeymoon dengan tenang pun kira aman damai lah kan.

Walaupun Ada Petunjuk Kiblat, Namun Tiada Sejadah Yang Disediakan Itu Adalah Salah Satu Kekurangan Yang Ada Disini. 

Sejuk hati bila nampak ada petunjuk Kiblat yang disediakan, Bila suami nak mengerjakan solat, duk tercari macam hilang sesuatu, rupanya yang dicari adalah sejadah. Namun hampa tiada disediakan dalam bilik! Mujur ada bawa dalam beg.

Habuk Atau Lebihan Benang Kain Pengelap Mencacatkan Penglihatan

Waktu nak ambil mineral je, alamak ingatkan ape, rupanya ada habuk pulak kat botol tu, atas cermin tu pun ada, jadi lebihan benang yang mungkin pengemas bilik tak perasan agaknya, tapi jika dibiarkan ini boleh mencacatkan imej jugak tau. Bilik dah cantik tapi berhabuk. Kalau boleh kita taknak orang yang menginap persoalkan sebegitu.

Last Bercerita Pasal Makan, Service Room Cepat, Makanan Pun Sodap! 

Disebabkan Waktu tu Cikza kena bedrest, suami tak bagi bergerak sana-sini, Namun dah dua-dua berkubang cam kobau ngah bercanda, jadi Suami dengan baik hati buat Service Room, apa lagi order makanan kegemaran Puan Isteri Yang Comel Lote ni! Chicken Chop Black Pepper! Terus terang Cikza nak cakap, memang sedap dan terlalu sedap, Sos Black Pepper pekat moist sangat, bila makan tu terasa tau. Tergugat iman tau.

Jadi keseluruhan hotel ni, memang terbaik dan sangat-sangat disyorkan kepada mereka yang nak menginap kat sini, Maaf kalau ada terkurang sebab tak explore sampai luar, Hotel ni turut menyediakan Kolam Renang tau, khabarnya bapak budak tak puas mandi kolam. Sebab best, layankan persekitaran.

Kalau Korang yang nak ke sini boleh rujuk di Link yang Cikza sertakan ni

Facebook | Website 

Palm Garden Hotel Resort 

Resort Villa Golf Course, (228543-V), Development Sdn Bhd, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Selangor

03-8943 2233

 

 

9 thoughts on “Jom Menginap Di Palm Garden Hotel IOI Resort Putrajaya, Puas Hati !”
  1. best baca review… cikza nk tanye.. if guna swiming pool tu kan.. kena pakai swimsuite ke? ke ok je pakaian biasa? sebabnya anak2 je ada swimsuite hahahaha… malas nk beli klo ok je guna tshirt biasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge