Kita dalam cuti pantang, tapi tiba-tiba suami kacak kita bawa balik parcel besorr! Terkejut jugak, kita tak beli sebarang produk pun, Alhamdulillah rupanya ada yang nak suruh kita review produk beliau. Bersemangat bukak kotak, rupanya ada kotak warna hijau dalam ada banyak sachet. Eh! Alamak kita pulak terpaksa lah pantang 2 minggu acane!

Rupanya suami kacak kita nak sangat minum sachet ni, berkobar-kobar dia beri layanan bak puteri raja dekat kita ni waktu pantang. Almaklumlah katanya raya 2018 ni, nak pakai jubah pahlawan. Takpe, aku nak tengok kan je! Jangan kelaut pulak. Tapi dia berbesar hati nak jadi testimony untuk bercerita pengalaman tentang produk ni.

Sista Stardust Fib’re Rose, Wah! Gah Sangat Nama Tu!

Cikza pernah jugaklah minum fibre ni, ada yang okeh dan ada yang boleh buat kita rasa nak muntah. Namun tak semua. Biar kalau boleh Fibre yang ada estrak buah-buah campuran, dia punya feel nak minum tu rasa tak sabar nak tunggu hari esok dan esok dan esok dan seterusnya.

Waktu Cikza bancuh untuk suami kacak kita tu, dia punya bau tu, sodapp! Kita pulak yang rasa tak sabar nak minum sama. Tapi apakan daya, mampu bancuh adan ambik bau pun dah kira syukur.

Setakat ni dah 3 hari suami kacak kita amalkan Sista Stardust Fib’re Rose, wahhh! Nama produk pun dah gah macam isinya, bau pun sodapp! Sesuai sangatlah. Rasanya ibarat epal hijau masam-masam manis gitu. Jangan menipu kalau tak pernah makan epal hijau. Tengok Suami kacak minum setakat ni tak merungut pulak.

Sesuai Untuk Mereka Yang Jenis, Makan Tak Hingat Dunia!

Dikatakan mampu mengawal selera makan dan menguruskan badan, memang patut kita syorkan pada suami kacak kita. Kalau dia makan tu, kita duk sebelah pun dia takkan perasan bini dia yang comel ni ada. Bini masa sedap katanya.

Aiman, Kenapa nampak makin membesar ni? Komen kawan beliau di fb

“ Ini semua hasil buatan orang rumah… katanya

Setakat Cikza tengok kandungannya, Fib’re Rose ni mengandungi Estrak Kelopak Rose ( Japan Whitening ) nampaknya pasni jadi putihlah suami kacak kita. Dan juga pelbagai intipati kandungan lain yang mampu mengawal selera makan bosar beliau dan menurunkan berat badan.

9M Kebaikan Yang Terdapat Dalam Sista Stardust Fib’re Rose

  • Meningkatkan kadar metabolism tubuh badan
  • Membantu proses pencernaan dan mengatasi sembelit
  • Membuang toksin-toksin jahat dalam badan
  • Mengawal Selera Makan
  • Membuat badan akan terasa ringan dan selesa
  • Membakar lemak
  • Mengempiskan perut
  • Membantu menyihatkan badan
  • Mengandungi antioksida yang tinggi

Korang jangan risau, setiap produk yang Cikza syorkan merupakan Buatan Malaysia, Telah mendapat pengesahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Juga lulusan GMP. Produk ni boleh bertahan untuk 2 bulan, mengikut bilangan sachet yang ada dalam setiap kotak.

Setelah 3 Sachet, Belum Tentu Dapat Kuruskan Badan, Tapi Melawaskan Pencernaan.

Tipulah kalau baru amalkan 3 sachet ni, berat tak turun, tapi belom timbang lagi. Cuma sekarang ni suami kacak bagitahu setiap pagi, dia memang lawas nak membuang. Tak macam selalu. Cuma bila korang dah amalkan fib’re ni, jangan lupa amalkan sama mineral water sekurangnya 1-2 liter sehari. Lagi daebakk!

Amaran Untuk Ibu Hamil! Wajib Baca!

Jika korang yang sedang Hami, menyusu atau sedang mengambil ubat, Sila rujuk doktor untuk sebarang nasihat, sebelum ia memudaratkan kesihatan. Bagi perempuan, jika korang tengah period minuman ini tidak boleh diambil sama sekali. Itu Pantang Larangnya. Eh! Suami kacak kita, mana datang period hahahaha.

Cara Pengambilan Sista Stardust Fib’re Rose

  • Sediakan botol yang bersukat ML
  • Masukkan 180ml air mineral atau air suam
  • Goncang ibarat goyang dumal
  • Pastu boleh minum dengan jayanya.

Testimoni Berjaya Dengan Fib’re Rose, Kau Rugi Tak Coba!

Korang kalau nak cuba memang disyorkan, kalau nak kurus tu payah nak cakap kalau korang sembelit manjang tanpa bertindak nak lakukan sesuatu. Sekadar melawaskan pembuangan dan mengawal selera makan tu dah boleh korang jadikan point dalam diet harian korang.

Untuk Keterangan Lanjut Boleh Layari

Website | Facebook | Instagram 

 

300 total views, 3 views today

6 thoughts on “Jom Cuba Sista Stardust Fib’re Rose Untuk Kurus Dan Lawas”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge