Lempeng! uh memang sedap, sebut je lempeng perisa apa, akan ku buat jugak nanti. Tapi baru-baru ni en.asben request nak makan lempeng cicah dengan sambal sardin pedas. Memang betul-betul kena dengan selera dia, pedas dan padu yang amat. Bila asben request kenalah buat, bersungguh-sungguh buat.

Musim hujan ni, memang sangat sesuailah buat lempeng sambil minum kopi o panas, lepastu layan air hujan turun kat tingkap rumah. Nak-nak kalau duk kampung memang terasa sangat. Lagi pulak sekarang ni memang musim sejuk tahap cramp kaki. Lempeng ni bila teringat balik semuanya kesukaan abah, mama. Jom baca sampai habis, Cikza nak kongsi Resipi Lempeng Dengan Sambal Sardin Padu.

 

Resipi Lempeng & Sambal Sardin 

Untuk Lempeng 

  • 2 cawan tepung gandum
  • Garam *ikut suka 
  • Air * ikut suka
  • Minyak

Cara Penyediaan

  • Satukan semua bahan diatas, kacau hingga tidak meninggalkan gentelan biji tepung, ( Kalau nak cepat, guna blender je )
  • Sebaiknya guna fry pan- non stick, sapukan minyak di kuali tersebut, dan buat layer by layer sehingga masak.

Untuk Sambal Sardin

  • 4 sudu besar cili boh
  • 1 ulas bawang besar ( dihiris )
  • 1 tin sardin ( apa-apa brand )
  • Sedikit air asam jawa
  • Gula
  • Garam

Cara Penyediaan 

  • Tumiskan cili boh tadi hingga bebetul masak, masukkan bawang besar yang telah dihiris, biarkan 2 minit.
  • Masukkan 1 tin sardin, kacau rata, letak sedikit air asam jawa, garam dan gula semuanya ikut suka, sebab ada yang suka manis ada yang suka masin-masin sedang
  • Masak sampai kering sedikit, boleh hidangkan ketika panas.

345 total views, 3 views today

6 thoughts on “Pekena Lempeng Dengan Sambal Sardin Memang Padu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge