Ramai yang conpius! sebenarnya tentang Bantuan Musim Tengkujuh ni. meh Cikza story sedikit dan korang boleh rujuk untuk langkah seterusnya. Rata-rata kebanyakkan ada yang datang ke Ibu Pejabat RISDA untuk dapatkan borang permohonan Bantuan Musim Tengkujuh. Tapi masih ramai yang keliru RISDA dan LGM.

Lembaga Getah Getah Malaysia (LGM) sebagai agensi pelaksana  Sistem Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh

YAB Perdana Menteri telah mengumumkan semasa pembentangan Bajet 2017, Bantuan Musim Tengkujuh RM200 sebulan untuk 3 bulan akan diberikan kepada 440,000 pekebun kecil/penoreh getah. Lembaga Getah Getah Malaysia (LGM) sebagai agensi pelaksana telah membangunkan Sistem Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh bertujuan bagi memudahkan permohonan dibuat oleh Pekebun Kecil.

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu pekebun kecil getah individu sebanyak RM200 sepanjang tiga bulan musim tengkujuh iaitu November, Disember dan Januari.

Syarat Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh 

  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun Kecil
  • Mempunyai Tanah kebun
  • Pemilik / Pengusaha Tanah
  • Memiliki Kad Pat-G

Borang Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh 

Permohonan Terus Secara Online 

YA! memang mudah melalui online, tapi jika anda cuba menghubungi Pegawai yang bertugas pasti talian terlalu sibuk untuk dihubungi sehingga harini. Jadi amatlah mudah untuk jika anda mengambil borang sambil menyatakan kemusykilan yang ada, dan Pegawai bertugas sedia membantu. Dibawah adalah Contoh Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh ( BMT ) 

Contoh Borang Bantuan Musim Tengkujuh 

Jika Borang permohonan  telah diisi, Adakah semua dokumen diperlukan tersedia ada? Kebanyakkan mereka masih tidak buat senarai semak permohonan untuk memastikan semuanya mencukupi, dan akhirnya permohonan di TOLAK atas sebab dokumen tidak mencukupi untuk di kepil bersama.

Senarai Semak Borang Permohonan 

  • Borang permohonan yang lengkap dan telah
    ditandatangani/online
  • Salinan buku akaun bank yang AKTIF atau
    penyata bank
  • Salinan Kad PAT-G
  • Resit rasmi jualan getah (ASAL) bagi pengusaha
    sahaja* 

Contoh Resit Rasmi Jualan Getah ( ASAL ) 

 

Sebab itulah pentingnya korang rujuk Pegawai Lembaga Getah Malaysia Jika ada sebarang pertanyaan. Jika kesemuanya telah mencukupi, sila berurusan dengan Pegawai Lembaga Getah Malaysia  yang bertugas untuk tindakan selanjutnya di talian. Mereka sedia membantu.

Malaysian Rubber Board
18th Floor Bangunan Getah Asli (Menara)
148 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur

Telefon : 03-9206 2000

 

 

763 total views, 7 views today

25 thoughts on “Borang Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh”

  1. Tumpang tanya . Lepas dah siap isi borang tu, nak hantar ke mana ye? Cawangan lembaga getah malaysia ada ke? Saya google tak jumpa. Area muar. Yg ada cuma LGM je

  2. dah hantar tahun lepas..buat gambar kena 12 ringgit. pergi periksa hilang tiada dalam sistem..angkara lgm temerloh. tiada dalam sistem. Buat sekali lagi buat gambar ic kena 16 ringgit..bila periksa nombor di key in salah.Apa no dikatakan kualiti integriti. ..pening pening kepala. apa dah jadi lgm temerloh …..

  3. Salam sejahtera.
    saya ada beberapa soalan nak tanya:

    1. Bilakah tarikh tamat tempoh permohonan Bantuan Musim Tengkujuh? Sempat lagi saya membuat permohonan?
    2. Kad PAT-G itu adalah atas nama ayah tetapi geran kebun sudah tukar milik kepada anaknya, bolehkah mohon tanpa Kad PAT-G?
    3. saya tinggal di Tangkak, Johor. tetapi kebun di Melaka, bolehkah saya memohon di tangkak, di manakah officenya?

    terima kasih.

  4. Assalamulaikum, BERIKUTAN PERMOHONAN BANTUAN PEKEBUN KECIL, ibu saya telah tersilap isi nombor akaun bank. Bila disemak, wang ditolak atau telah ditendang dari akaun bank kerana berlaku ketidaksamaan nama pemohon dan nombor akaun bank pemohon. Justeru itu, bolehkan saya tau bagaimana untuk mengemaskini nombor akaun bank? Saya telah membuat pengemaskinian di web semakan/kemaskini pekebun kecil, namun masalah utamanya butang click atau kemaskini nombor akaun tidak ada. Hal ini menyebabkan saya susah untuk kemaskini nombor akaun. Diharap pihak resda dapat memberi respon secepat mungkin dan menyelesaikan permasalahan ini dengan kadar segera.

  5. slmt pg.ibu sy telah membuat permohonan pd 5.9.2017 no kp 581201035874 telah masukkan no akaun mybank..tetapi ditolak sebab no terakhir salah..kemudian kemas kini kembali masukkan pula no akaun cimb ..tetapi masih blm trima lg pembayaran bantuan.kad pd lgm ibu sy adalah persendirian,akan tmt tempoh pd bulan 12 tahun 2017..menurut lgm gerik,perak. xpayah perbaharui kad lgm guna pakai yg lama sahaja

  6. Assalam, sy nak tanya.. Permohonan bantuan Getah Musim Tengkujuh ni boleh mintak ke tak sebab ayah sy dah lama tak menoreh. tapi Kebun getah tu hak milik kami. Ke ada syarat2 terntntu ekh?

  7. assalamualaikum..saya zabidah binti awang no kp 581201035874 masih belum terima bayaran kedua dan juga bayaran ketiga bantuan musim terkujuh. no akaun baru bank saya telah kemas kini.harap cik membantu.terima kasih

  8. Boleh download tak borang secara online…sbb xblh isi secara online. Saya nak isi secara manual.. ke kena ambil sendiri di LGM

  9. SALAM NAK TANYA SIKIT BORANG BMT UTUK WARIS YG MENINGGAL ADA TAK SEBAB TANAH KEBUN MASIH NAMA BAPA SAYA JADI SEKARANG SAYA MENGUSAHAKAN ATAS NAMA ARWAH BAPA SAYA JADI MCMMANA SAYA NAK TUNTUT BMT TU KLU ADA BORANG BOLEH TAK BAGI KAT SAYA SATU CONTOH ATAU MCMMANA DPTKAN BORANG TERSEBUT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge