Resipi Bunga Kubis Goreng Bersama Isi Udang Ringkas Dan Mudah

Kubis sering disebut juga  menjadi bahan masakan untuk berbagai jenis sayur dan tumisan, mulai dari sup dan tumis goreng mudah dan simple sahaja. Tapi jangan tak tahu, bunga kubis ni sebenarnya ada banyak khasiat yang kita tidak ketahui atau buat-buat tak tahu. Tapi kalau kat rumah mama, Cikza jadikan bunga kubis sebagai hidangan berkuah seperti Masak Lemak Bunga Kubis. Jom

5 Manfaat dan Khasiat Kubis Lainnya:

  • Menyehatkan kulit
  • Mencegah susah buang air besar
  • Melancarkan pencernaan
  • Menyehatkan ibu hamil dan janin
  • Baik untuk kesehatan jantung

Resipi Bunga Kubis Bersama Isi Udang 

Bahan-Bahan 

  • Bunga Kubis ( Ikut Suka ) ( Diracik )
  • 1 ulas bawang besar ( hiris )
  • 1 ulas bawang putih (hiris)
  • 1 tangkai cili merah
  • Isi Udang
  • 1 biji telor
  • Garam
  • Minyak Masak

Cara Membuatnya

  • Tumiskan bahan hirisan tadi hingga masak, kalau boleh sampai naik bau. Masukkan garam dan isi udang gaul rata.
  • Masukkan Bunga Kubis dan dibiarkan seketika sehingga separuh masak.
  • Bila dah separuh masak, boleh pecahkan telor gaul sampai telor jadi kering sehingga masak
  • Hidangkan bersama nasi panas-panas dan hidangan berkuah sebagai pembuka selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge