Ada orang tu teringin nak makan King Platter, layankan aje. Destinasi kalini di tentukan sendiri oleh adik Cikza, disebabkan kami terlalu suka western, untuk kalini Cikza nak terjah kedai makan di area Kilang Bateri, Johor.

Tapi terfikir kat mana port yang sedap dan murah? Sebab terlalu banyak sangat kedai makan hipster sangat yang ada disitu. Tak tahu nak terjah yang mana satu, sebab dah rambang mata.

King Platter Murah Dan Sedap Di Kilang Bateri, Johor 

Factory Kitchen yang terletak di Kilang Bateri, Tampoi dekat Johor menghidangkan 1 portion untuk makan 4 orang dengan harga RM 46 ( Anggaran RM11.50 satu orang ) Harga termasuk dengan ada spagetti, chicken chop, macam-macam lagi lah.

Suasana santai kat sini, memang menjadi port mereka yang suka santai dan tenang untuk berborak, dekat kedai-kedai yang berdekatan ada pulak buskers yang menghiburkan pengunjung yang ada. Restoran ni juga menyediakan pelbagai hidangan lain jugak tau selain dari King Platter.

King Platter Murah Dan Sedap Berbaloi 

Tapi Cikza memilih untuk pakej yang 2 orang. Tapi suggestion untuk korang yang datang bawa famili boleh lah cuba King Platter kat sini, rasanya kuah bebola tu terlalu sedap. terasa blackpepper nya tau. Spagetti tu di adun bersama kuah memang sangat terbaik.

Muka Puas Dapat King Platter, Tak Pandang Kiri Kanan. 

Die punya enjoy food tu, sampai tak pandang kiri kanan tau, agaknya terlalu sedap sampai cikza snap pic pun tak sedar. Sememangnya sesuai platter ni untuk mereka yang berdating bagai kan. Tak tahu nak kemana? Factory kitchen dah boleh masuk list senarai berbuka puasa tau. ( waktu ni Cikza pergi sebelum bulan puasa, masih belum jadi bini orang lagi ). 

Alamat : 

Factory Kitchen
Kilang Bateri (Jalan Perindustrian Tampoi)
81200 Johor Bahru, Johor
Malaysia
Facebook :
Instagram :

 

 

 

 

165 total views, 1 views today

6 thoughts on “King Platter Murah Dan Sedap RM11.50 Di Factory Kitchen”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge