Jika korang berada di sekitar Ampang, Dragon Thai Restaurant wajib menjadi pilihan. Tapi kalau mereka yang duduk di sekitar Ampang Taman Nirwana pasti tahu lokasi kedai tersebut. Nak tahu apa yang menarik minat Cikza untuk menjadikan kedai tersebut sebagai whistlist untuk makan malam. Sila baca sampai habis. Rugi kalau korang tak terjah.

Pertama kali En. Tunang ajak makan kat situ, sebab dah bosan dengan port lama, lagi pulak semenjak kakak Chiken Chop tu tak bukak kedai dah rasanya takda keistimewaan di port lama. Jadi beralih port lah kami. Tapi serius tau, kalau encik tunang yang tunjuk kedai makan baru, mesti tempat tu sedap, bila time Cikza pulak, kelautttt!

Sedap Terbaik Di Ampang : Tomyam Putih Dragon Thai Restaurant Menepati Citarasa

 

Terletak di Taman Nirwana Ampang. Menjadikan makanan di sini berfokus kepada pantai timur. Jangan kata tomyam je ada tapi Nasi Kak Wok, Nasi Kerabu Keropok Lekor pun ada tau. Tapi waktu kami sampai tu, kiranya nak makan malam sahaja. Jadinya kami cuba makanan Thai yang disajikan. Sememangnya tidak mengecewakan. Walaupun yang tukang ambil order tu sentiasa muka ketat, tapi bab serve pada pelanggan, ala-ala hotel kateko!!!

Baru tengok menu dah terliur, dah! cecepat lap buat malu je. Macam-macam ada. Nampak tak gambar nasi kerabu tu, biru nau nasi tu kan. Serius terliur pulak kita tengoknya. Encik tunang memang cerewet sikit bab-bab makan, kekwat pun ada hahahah! kalau tak sedap dia punya complain tu kat muka Cikza je manjang, 10 mukadimah pun tak habis. Tapi kalau memang sedap 3-4 kali datang pun tak jemu.

Jangan kata kakaq tak payung, kalau korang nak tahu, semangkuk Tomyam Putih RM8.00 boleh makan 4 orang tau, Ramuan yang ada semua cukup syarat, ada udang, sotong, ada isi ayam banyak tau, ada sayur cukup, rasa masam-masam tomyam pun dah cukup. Tapi kalau dah hirup semangkuk pun dah habis, for sure esok pasti nak lagi tau.

Padprik ni, order untuk seorang pun dah macam 3 orang makan. Pedas padprik tu memang tak dapat nak tanding lah. Ramuan sedap, tapi nak bagitahu memang restoran ni tak kedekut ramuan tau. Portion hidangan kalau sekali order memang untuk satu tapi bila sampai terus jadi 2 orang makan. Memang jimat kat situ. Nanti kalau ada menu lain yang Cikza cuba, will update soon ye.

Alamat : 

55100, 23-36, Jalan Nirwana 38, Taman Nirwana, 55100 Kuala Lumpur, Selangor, Malaysia

( Landmark Kompleks Muhibbah ) 

Telefon

 +60 3-9226 6077

660 total views, 3 views today

4 thoughts on “Sedap Terbaik Di Ampang : Tomyam Putih Dragon Thai Restaurant Menepati Citarasa”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge