Baru-baru ni Cikza berkesempatan menonton cerita yang dikatakan baru je release kat Malaysia, bertajuk Rings 2017 atau The Rings 3. Kalau tengok thriller penuh seram. Tapi kalau nak tahu apa yang Cikza rasa. Filem Rings 2017 atau The Rings 3 ni telah ditayangkan pada 9 Febuari 2017 serentak di seluruh cinema. Nak tau best ke tak? atau ending best ke tak ? (Amaran : Penuh Suspen Tidak Digalakkan Untuk Mereka Yang Lemah Semangat)

Sinopsis The Rings 3 

Rings Movie ini adalah filem ketiga dalam franchise Amerika Ring, dan lanjutan dari The Ring dan The Ring Two. Berkisah tentang seorang wanita bernama Julia (Lakonan Matilda Lutz), yang mana Ia menjadi risau tentang kekasihnya iaitu Holt (Lakonan Alex Roe), di saat dirinya mengeksplorasi legenda urban gelap dari pita rakaman video misteri, yang mana dikatakan orang yang melihat pita tersebut akan terbunuh setelah tujuh hari. Dia kemudian mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan kekasihnya. Rasanya berbaloi tak?

  • Release Date – 09 Febuari 2017
  • Bahasa : Inggeris
  • Subtitle : Malay
  • Genre : Horror Movie
  • Masa : 120 minit
  • Pengarah : F. Javier Gutiérrez
  • Pelakon :
    • Matilda Lutz –  Julia
    • Alex Roe – sebagai Holt
    • Johnny Galecki – Gabriel
    • Aimee Teegarden – Sky
    • Bonnie Morgan – Samara Morgan
    • Vincent D’Onofrio – Burke
  • Pengedar : Paramount Picture

Review Rings / The Rings 3

Disebabkan cerita seram, lagi pulak sambungan The Rings two, jadinya Cikza gagahkan diri jugak walau demam. Plot seram memang ada pun. Cuma pada awal tu dah rasa buat kita ni terlampau lemah semangat.

Pernah tak korang sendiri alami, bila melihat pita rakaman lepastu dapat panggilan mengatakan ” Seven Days ” so bila Cikza mengambarkan diri kat situ, memang ianya seakan masuk ke jiwa Cikza sendiri. Tatkala kepercayaan bahawa akan ada kewujudan Roh seterusnya.

Tapi setiap plot seram tu akan ada unsur kejutan, terutama ada satu part yang korang sendiri ada sakit jantung atau lemah semangat jangan tengok, sebab makan dalam kejutan tu. Waktu di gereja. The Rings apa yang boleh dilihat, kesan bunyi tu memang 5 star, tapi jalan cerita hanya lah biasa sahaja, cuma kesan bunyi terlalu mengejutkan.

Pada pengakhiran, kita dapat lihat terungkai plot misteri video tersebut dengan terungkai kisah sebenar Roh Samara yang kembali tetapi rupanya tak disangka. Tapi berbaloi ke pengorbanan Julia untuk Holts, Yang pasti, apa kata korang menonton sendiri.

134 total views, 1 views today

4 thoughts on “Filem Rings 2017 | Roh Samara Kembali Mengganas”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge