Kek Gula Hangus! Malam-malam duk sms mama minta resepi, padahal sebelah menyebelah bilik je kan. Penangan tekak nak sangat makan kek gula hangus malam-malam ni. Sebab macam dah lama tak baking. Malam semalam dapat peluang baking jadi guna masa sebaiknya. Nak menyediakan memang mudah rupanya. Ingatkan remeh sangat. Rupanya resepi campak-campak je pun.

Resepi Kek Gula Hangus Mudah Cepat 

Bahan-Bahan ( Diayak Dahulu  )

  • 1 Cawan Tepung Gandum
  • 2 Sudu kecil  Soda Bicarbonate
  • 1 Sudu kecil Baking Powder

Bahan ( Karamel )

  • 1 Cawan Gula
  • 1 Cawan Air

Bahan Lain

  • 4 Sudu Marjerin/Mentega
  • 4 Biji Telur
  • 1 Sudu kecil Vanilla

Cara Penyediaan

  • Panaskan Gula dan masak sampai cair bertukar warna perang gold seakan hangus. Lepastu masukkan air, Masukkan marjerin / mentega biarkan 5 minit, Biarkan sejuk seketika.
  • Pukul telur hingga separuh kembang, masukkan vanila dan  pukul hingga kembang. Masukkan tepung yang dah diayak halus tadi. gaul rata. ( Nak guna blender pun boleh ) 
  • Masukkan bahan karamel dalam adunan tadi, kacau sekali lagi bagi sekata. Masukkan dalam bekas yang dah di gris marjerin agar tak melekat. Kukus selama 1 jam, untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

 

1,361 total views, 13 views today

6 thoughts on “Resepi Kek Gula Hangus Mudah Cepat”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge