Bosan Pulak Tengok Filem Passengers ( 2016 ) 

Cikza terus call pokcik buat muka comel nak tengok cite Passengers ni tau, sebab ada Jennifer Lawrence, uih! Cikza peminat setia dia tau since first time tengok filem Mockingjay ( Hungers Game ). Lakonan kak Jen memang mantop. Lagi pulak tengok trailer filem terbaru Kak Jen ni macam best je. Best ke tidak tepuk dada tanya hati! Kalau yang minat sains fiksyen memang wajib tengoklah kan.

 

Sinopsis Passengers ( 2016 )

“Passengers” ini merupakan filem penutup 2016 menceritakan tentang sebuah pesawat ruang angkasa yang dinamakan Starship Avalon membawa ribuan orang yang sedang dalam perjalanan selama 120 tahun ke planet koloni yang jauh dan dikenali sebagai ‘Homestead Colony’. Dalam perjalanan tersebut terbangun seorang penumpang dari “Hibernation Pot” selama 90 tahun , Jim Preston ( Chris Pratt ). Dalam Masa 1 tahun hidup sendirian, akhirnya Jim mengejutkan Aurora Dunn ( Jennifer Lawrence ) agar menemaninya. Apa yang terjadi seterusnya?
  • Klafisikasi : P13
  • Pelakon Utama
    • Chris Pratt,
    • Laurence Fishburne
    • Jennifer Lawrence
  • Bahasa : ENGLISH
  • Genre : Sains Fiksyen
  • Durasi Tayangan : 116 mins
  • Tayangan :  29 December 2016

Review Passengers Dari Cikza

Trailer tu memang gempak habis, tapi dalam pangggung tu cuma ada 4 orang je, korang rasa movie ni boleh pergi atau tak? Jadinya too bored for me. Tapi berharga kalau mereka yang minat sains fiksyen. Pembuka cerita ni memang slow sangat jalan ceritanya. Bila part Aveleon Ship tu muncul memang teruja sikit, terbantut bila Jim terbangun dari “Hibernation Pod”

Cikza setia menanti kekonon nak tengoklah ribuan manusia dalam kapal tersebut yang katanya nak bangun mulakan hidup di planet Homestead Colony, namun hampa sebab tengok jalan terlalu fokus pada 2 watak utama ni dan si pembancuh air tu. Pokcik sampai tertidur duk nak tunggu bila lah wayang tu nak habis.

Pada Cikza takda keistimewaan yang ada dalam cerita ni, cuma 1-2 part jerlah yang buat Cikza terpegun, bila ketika penghujung cerita, dorang berdua tu buat kapal tu macam dunia sendiri. tanam pokok bagai, tapi persoalannya pada pengakhiran cerita, apa kesudahan watak dorang ye! Kalau betul dah mati mana mayat dorang eh! hurm. seriuss i’m too bored!

Jalan ceritanya terlalu memfokuskan percintaan watak utama, tapi ada yang Cikza salute bila watak Jim sanggup terkena bara api demi nak selamatkan ribuan manusia tu. Ada satu Pod tu boleh buat manusia mati hidup semula, serius kalau ada terjual kat malaysia berpusus-pusu orang beli. Bosan!

Keseluruhan cerita ni sangatlah separuh bosan, tapi disebabkan Kak Jen tu Cikza gigih paksa pokcik menonton wayang tersebut. Jadinya bertapalah asyik tengok jam bila lah nak habis movie tu.

Dengan ini, Cikza nak beri 

3 / 5

Bintang

33 total views, 1 views today

6 thoughts on “Bosan Pulak Tengok Filem Passengers ( 2016 )”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge