Rumah Bina Negara RISDA

Golongan Belia Luar Bandar berusia 18 hingga 45 tahun yang sudah berkahwin namun belum memiliki rumah kini berpeluang memiliki kediaman sendiri menerusi inisiatif Transformasi Luar Bandar di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang mewujudkan perumahan generasi kedua luar bandar dikenali sebagai Rumah Bina Negara (BN), satu peluang yang baik untuk di manfaatkan.

Penerima rumah Noradila Mohamad Zain, 24, bersama suami Saiful Fazli Shaharudin, 36, dan anak Dhia Arissa Diyana bergambar di hadapan rumah mereka ketika pelancaran Rumah Bina Negara yang disempurnakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Kampung Bintang hari ini. - Sumber BERNAMA
Penerima rumah Noradila Mohamad Zain, 24, bersama suami Saiful Fazli Shaharudin, 36, dan anak Dhia Arissa Diyana bergambar di hadapan rumah mereka ketika pelancaran Rumah Bina Negara yang disempurnakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Kampung Bintang hari ini. – Sumber BERNAMA

Syarat Permohonan RUMAH BINA NEGARA ( RBN ) RISDA

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 – 45 Tahun semasa permohonan di hantar
  • Generasi Kedua Pekebun Kecil RISDA
  • Bermastautin Di KAMPUNG
  • Sudah Berkahwin
  • Tidak Memiliki Rumah Sendiri
  • Tanah Yang Bersesuaian
  • Bersetuju Kaveatkan Tanah
  • Mampu Menanggung Kos Penyediaan Tapak

Jika memenuhi syarat-syarat yang di tetapkan seperti diatas. Alhamdulillah Golongan Belia Pekebun Kecil kini yang mengimpikan untuk ada rumah kediaman sendiri terlaksana. Kata orang biar bermula dari kecil, asal semuanya selesa untuk diri sendiri dan keluarga.

Syarat Permohonan RUmah Bina Negara RISDA.
Syarat Permohonan RUmah Bina Negara RISDA.

Ansuran RM250 Sebulan  Sahaja Untuk Golongan Belia Pekebun Kecil Memiliki Kediaman Sendiri Terlaksana

Harga kos Rumah BN sebenarnya berharga RM65,000 namun atas inisiatif kerajaan yang telah memberikan insentif sebanyak RM20,000 menjadikan harga lebih rendah kepada RM45,000 seunit dengan ansuran bulanan serendah RM250 sebulan, rasanya itu sudah cukup mampu untuk mereka menanggung kos ansuran bulanan.

Rumah Bina Negara RISDA
Rumah Bina Negara RISDA

Dengan keluasan 700 kaki persegi, mempunyai ruang tamu, ruang makan, ruang balkoni, 3 bilik tidur dan 2 bilik air serta struktur kemasan lantai bersimen, dinding luar dan dalam bercat, bertingkap, berbumbung ‘metal deck’ berserta siling serta dilengkapi infrastruktur asas seperti elektrik, air, paip kumbahan dan longkang. Rasanya cukup untuk pasangan yang baru berkahwin untuk memulakan kehidupan sendiri. Insha allah. Ramai yang tertanya-tanya pasal kat SIC Pekebun Kecil RISDA, Rujuk link bawah ni ye.

Bagaimana Cara Untuk Memohon Kad SIC Pekebun Kecil RISDA

Orang ramai yang berminat boleh mula mendapatkan borang permohonan di pejabat RISDA terdekat atau melalui pejabat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri masing-masing. Atau sebarang pertanyaan boleh menghubungi 03-42564022 ( Bahagian Program Khas RISDA ) 

961 total views, 5 views today

51 thoughts on “Syarat Permohonan Rumah Bina Negara ( RBN ) RISDA”

      1. assalam wbt..
        mahu bercakap sendiri dengan phat risda melalui telepon.
        harap dapat sertakan nombor telepon risda
        atau boleh terus kol/whatsapp
        0195361889
        menunggu maklum balas terbaik dari risda.
        terima kasih
        😊

  1. tak ramai belia berkeuarga yang boleh lepas syarat2 yang dikenakan TERUTAMA BILA MELIBATKAN PEMILIKAN TANAH yang perlu dikavietkan… sayang juga bila masuk bab tu…

  2. borang kat melaka nak ambil dimana? pej risda melaka or masjid tanah
    nak ckp amik borang apa??
    proses permohonan di KL atau negeri?

  3. Assalamualaikum….
    Adik saya nk mohon Rumah Bina Negara ni,, tanah masih lg nama arwah bapa saya, boleh ke mohon.
    sekian terima kasih….

  4. Syratnya harus kawin ker? Kalau blom kawin xleh apply.. ? Saya takot nak kawin sbb tiada rumah.. kalau ade rumah baru saya brani kawin.. mnx tolong plz..

    1. Salam sejahtera..

      jika tanah perkampungan dan mengikut syarat yang diberi insha allah boleh apply, dan sebarang pertanyaan lagi mendalam boleh rujuk ke pejabat risda berdekatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge