Kedai Makan Tengahari Terbaik Di D’Warisan Lumut

Siapa yang selalu ke Lumut atau berada di sekitar Lumut, Perak ? Kalau dah biasa tentu ada diantara mereka tahu yang di Lumut, berdekatan TLDM ada satu Restoran yang terbaik menjanjikan “Gendang Gendut Tali Kecapi, Kenyang Perut Senang Hati” Nampak cuma kedai biasa, sebab khabarnya kedai tidaklah seperti hotel 5 star. Tapi tarikan utama kedai tersebut adalah hidangan yang disediakan untuk juadah tengahrai dengan pelbagai menu istimewa.

Restoran D’Warisan, Lumut

Sumber Google

Terletak di Teluk Muruh, menjadikan restoran tersebut seringkali di kunjungi pengunjung yang rata-rata dari luar kawasan lumut untuk bercuti di pantai-pantai yang berdekatan di sini serta warga kerja navy yang tinggal berhampiran. Melangkah masuk disajikan dengan bau ikan bakar serta dalam masa yang sama di sebelah tu ada jugak station ayam bakar.

Fakta Menarik Mengenai Restoran D’Warisan, Lumut Yang Wajib Tahu

  • Kedai Dibuka dari jam 7.30 Pagi sehingga 1.00 Pagi
  • Dibuka setiap hari kecuali SELASA
  • Terletak berhampiran Kuarters TLDM dan Marina Hotel, serta Jeti Marina, Lumut
  • Hidangan adalah dari pelbagai juadah kampung yang mempunyai banyak pilihan.
  • Air yang tersedia ada, cuma korang perlu tambah ais sahaja.
  • Air suam/ Air kosong adalah PERCUMA
  • Ada Ayam / Ikan Bakar Fresh, Manis rasanya.
  • Pelbagai jenis ulam-ulam dan sambal pencicah
  • Kemudahan tempat parking disediakan
  • Ada juga buah-buahan sebagai pencuci mulut.
  • Disediakan juga juadah sampingan seperti mee/laksa dan sebagainya

20161120_113219

20161120_113231

20161120_113234

20161120_113238

20161120_113248

20161120_113257

20161120_113349

20161120_113313

20161120_113303

20161120_113821
Jadi tak salah jika Cikza sendiri mengesyorkan, korang semua yang nak ek Teluk Batik, Lumut atau Pulau Pangkor untuk singgah makan tengahari di Restoran D’Warisan, Lumut. Memang terbaik dan sedap. Pekerja mereka pun tangkas, dan pantas dalam membersihkan meja makan dan menjaga kedai dalam keadaan bersih.

Jadi korang yang kini merancang percutin ke Pulau Pangkor atau ke Lumut, masukkanlah kedai ni dalam senarai persinggahan wajib korang tau. Memang Daebak! Ada rezeki nak bawa mama dan abah pulak, sebab Cikza pergi singgah kalini sebab terlibat dengan Sukan Jabatan.

Bagi Mereka yang ingin Kesana : –

Restoran D’Warisan
No 12, Jalan Teluk Batik,
Kg Teluk Murok,
32200 Lumut Perak.
Tel : 05-6838391

249 total views, 6 views today

6 thoughts on “Kedai Makan Tengahari Terbaik Di D’Warisan Lumut”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge