Perkhidmatan Grab Car atau Uber | Rasa-rasa korang yakin atau selamat tak menggunakan perkhidmatan tu? Apa pendapat korang tentang perkhidmatan tersebut, bagus ke? selamat ke? Lain orang lain pendapatnya betul tak, meh Cikza nak kongsi pengalaman sendiri memilih Grabcar sebagai pengganti teksi. Sebenarnya antara Uber dan Grab Car servis sama je.

Pertama Kali Menggunakan Grab Car
Waktu untuk menghadiri satu event yang terletak di Kiaramas Corporate, Cikza memilih untuk menggunakan perkhidmatan awam sebagai langkah penjimatan dan mengelakkan jem, waktu tu memng dah tak berapa nak sihat, tapi atas jemputan di tunaikan jugak. Ketika sampai di Stesen Komuter Segambut, kelihatan pemandu teksi duk sibuk lah promote nak menggunakan teksi beliau. Tapi kat situ adalah pit stop pertama, bila dah berkumpul baru decide nak menggunakan perkhidmatan teksi atau Grabcar, Cikza memilih Grabcar sebagai perantaraan. Gigihlah Cikza mencari grabcar untuk ke Kiaramas, Kuala Lumpur. Masa tu hati memang dah risau, sebab fikir macam-macam boleh jadi.
Cikza pilih Grabcar ( Economy ) berharga RM7.00 untuk satu perjalanan. Waktu tu, terfikir, camnelah rupa driver tu, herot ke! kacak ke! artis ke! macam-macam bermain di fikiran Cikza tu. Tapi nak cerita pengalaman kekecik dulu, waktu Cikza mula sekolah, abah dan ma memang tak bagi kami 2 beradik menggunakan perkhidmatan awam. Risau katanya. Cuma kadang ada jugak sesekali Cikza curi-curi belajar naik Komuter nak ke Seputeh, waktu tu zaman sekolah menengah tau. Bukan ponteng sekolah, tapi lepas aktiviti ko-kurikulum. Salin baju terus naik train. Sehinggalah harini, kalau nak kemana abah pasti hantar, termasuk kalau ke pejabat sekalipun. Sebab tu lah sehingga sekarang Cikza masih terkial-kial nak gunakan perkhidmatan awam.
Servis Terbaik Dari Grabcar
Rata-rata yang membuat servis Grabcar ni adalah pelajar, pekerja separuh masa dan suri rumah tangga. Lagi pulak, Grabcar ni adalah servis yang semua orang boleh melakukannya. Kesesuaian kereta adalah dibawah usia 5 tahun. baru layak menjadi pemandu Grabcar. Jangan terkejut bila yang akan ambil korang nanti, adalah reta-rata perempuan tau.
Salah Persepsi Rupanya
Bila pemandu dah sampai terkejut rupanya yang datang ambil Cikza seorang wanita hanya surirumah tangga, mempunyai keluarga, dan mempunyai target sehari RM100 untuk pendapatan seharian, Cikza cuba menjadi inspektor sahab kejap, almaklum nak tahu lah pendapatan bulanan berapa. Sekali dia sebut pendapatan dengan grabcar meraih RM 5k atau RM 5000 sebulan tau. Memang terkejut waktu tu, kalau Cikza sihat, lama dah buat part time jadi Grab Car ni. Madam Chiang ni memang sangat friendly, selalu tersenyum dan peramah orangnya. Selama ni persepsi Cikza salah rupanya, selalu bermain perasaan negatif, bila Cikza sendiri berbual dengan Madam Chiang ni, baru lah Cikza faham, tak semua pemandu Grabcar sebegitu. Tapi jika beliau bertindak melampaui batas, segala detail semuanya tersimpan.
Pembayaran boleh pelbagai cara
Bila dah sampai, maka secara tak langsung terlupa dan terasa macam kejap sangat perjalanan. Tak puas rasanya berbual mesra dengan Madam Chiang. Sekali perjalanan cuma RM7.00 tak kisah berapa ramai yang ada dalam kereta tu. Dalam seluk poket , takde pulak duit kecil, rezeki Madam Chiang agaknya, Cikza keluarkan not merah Rm10, dan beransur tanpa meminta baki, dan berkata selebihnya buat madam berehat beli air atau minum di gerai buat penghilang letih. Pembayaran juga bukan setakat menggunakan cash tapi menggunakan kad debit atau kad kredit tau. Jadi mudah lah korang nak berurusan lepasni, jika ada hal-hal kecemasan, Lupa pulak nak beritahu, kereta yang Cikza dapat merasa tempoh hari untuk pergi sahaja, merasalah naik Toyota Avanza, waktu nak balik pulak merasa naik Nissan Almera tau. mewah tak mewah gitu.
Bagaimana nak dapatkan perkhidmatan Grabcar ?
- Menggunakan aplikasi telefon pintar 3g/4g
- Mempunyai aplikasi App Store atau Play Store.
- Downlod di sini — > APLIKASI GRABCAR
Kalau driver perempuan, tak lah risau sgt kan, nak plak kalau naik sorang sorang
Mama Kembar 3 recently posted…Kenapa Tak Nak Basuh Kaki?
Betul mama.. tp pertama kali menggunakan servis puas hati..
terima kasih Cik Za… bantu kami semua yang first time nak Grap Car hari tu…
Bonde Zaidalifah recently posted…#TRIPPULAU (DAY ONE) IDAMAN SURI ADALAH IDAMAN SETIAP WANITA KENAPA?
Sama2 bonda.. za pun 1st time
Nice story… I’ll try it..
Good sharing.. pengalaman saya sendiri naik Uber grabcar..
Tapi klau kite nak guna pergi dan balik guna grabcar yg sama mcm mne?kite perlu ckp mcm mane?
salam maaf kelewatan reply, sebab baru discaj dari wad.
cuba discuss dengan driver.
sebab saya belom pernah buat lagi.