Beauty Palace Korea Blogger Party | Dapat je jemputan, mula lah kelam kelibut, almaklum event ni wajib mengikut tema, Biru / Putih. Rasanya Cikza jarang beli shawl atau seluar putih, memang lah warna tu tak sesuai sangat kat Cikza sebab takut kotor. Jadinya gunalah apa yang ada. Pada ahad lepas, Cikza memilih menggunakan kemudahan awam untuk hadir Korea Blogger Party.
Mujur Ada CK Rahim Sebagai Penyelamat
Abah dropkan Cikza di Terminal Bersepadu Selatan, kebetulan nenek mai dari muar, nak jengah anak-anak dan cucu-cucu. Kalau ikutkan rasanya tentatif program bermula jam 4 petang. Tapi Cikza berpegang pada pesan abang Ben Ashaari, jika dapat event jemputan mana-mana pihak, jadinya ketepatan masa itu penting. Jam 12 Cikza mula keluar rumah. Memang waktu tu mengikut tema, cuma tudung tu pulak nampak macam tak kena dengan baju. Jadinya jalan-jalan dalam TBS terjumpa lah kedai CK Rahim. Terus capai warna biru pekat tau. Harga tertulis RM 15.00 tapi, pekerja kedai tu tanya, dah habis borong ke? Cikza bagitahu yang sebenarnya dah lari tajuk, memang nak shawl warna tu. timbang balas, dia bagi RM10.00 tau. Terus pergi toilet tukar shawl tau. Kengkawan yang tau “rahsia” Cikza terutama Bonde heheeh! fuh! Bau kedai katanya!
Beauty Palace Korea Blogger Party
Bertempat di Kiaramas Corporate, berlangsung lah Korea Blogger Party, macam-macam produk ada waktu tu. Kali kedua Cikza menggunakan produk keluaran Korea, produk pertama haritu, Althea. Yang untuk kali kedua adalah dari Beauty Palace Korea. Event ini bertujuan untuk memperkenalkan produk Beauty Palace Korea yang selama ni ramai tidak mengetahui. Meriahnya bila dapat bertemu blogger-bloger yang jarang kita jumpa di mana-mana event. Tidak memfokuskan blogger, diaorang pun ada jemput orang luar sebagai supporter menerusi Facebook.
Beauty Palace Korea memang kita tak berapa nak tahu sebab ianya jenama baru yang bakal di ketengahkan di pasaran Malaysia, berfokus pada pelbagai jenama terkenal antaranya Skin Food, Tosowong dan Lanaeige. Semuanya jenama terkenal yang tersedia ada di korea tau. Cikza tertarik pada 2 jenama yang sememangnya terkenal sangat di Korea. Antaranya Atomy dan Thessak. Walaupun nama-nama ni tak berapa nak fofular di Malaysia tapi, dah cukup gah jenama di nun di korea sana, cuma bezanya. Jenama ni nak mencuba pasaran di Malaysia.
Semua pembelian boleh secara online di website Qoo 10 Shop





Menang Lucky Draw
Dalam keghairahan, rupanya Cikza tak jangka akan menerima Lucky Draw tau, berguna jugak hadiah yang Cikza dapat. Lagi pulak dengan Cikza yang ada SLE ni, memang wajib pun memakai losyen tersebut. Bukannya apa kulit Cikza ada masa-masa tak boleh sangat nak berjemur, tapi kata dalam hati, positif diri, redah je.

Dua Keping Voucher Kepada Mereka Yang Bertuah
Kulit Cikza memang sensitif, lastly pergi facial terus naik jerawat. Tapi kebetulan Lucky Draw tersebut dapat 2 keping Voucher, jadinya besarlah harapan Cikza nak berikan kepada mereka yang bertuah. Bukan calang-calang Voucher tau. Rugi sapa tak mau. 2 Orang Cikza akan pilih. Caranya Mudah je. Hanya tinggalkan komen entri ni di ruangan komen.

-
1 x RM 100 Voucher Beauty Palace ( Facial )
-
1 x RM 100 Voucher Beauty Palace ( Eyelash Extension )
So mudah kan, komen je di ruangan entri ni. lepastu, pemenang di pilih menerusi Random. Org. Lagi pulak rezeki dikongsi bersama. Tarikh tutup pada 12.00 am / 11 Ogos 2016. Sape lah bertuah tu agaknya.
bestnya pergi blogger party! kita nak gak voucher.lama xpergi facial.hihi
Hehehe boleh je.. kalo rezeki awak malam ni.. alhamdulillah..
lama benar x buat facial.. tapi muka kak no ni silap hb kalau silap produk memang rosak kulit.. so selalu buat facial sendiri kek umah.. jumat duit.. tapi sesekali kena buat kat salon.. baru best.. relaxing..
not bad all this produk ya..
nurmisnan recently posted…Ikat suami dengan Primadona Sufee Snow
Hehehe.. za pun.. tp disebabkan kak no risau rosak kulit, za hadiahkan voucher rm 100 tuk eyelash extension.. biar lentik kibas2 bulu mata gitu..
Salam Cikza Rahsialah pasal tudung tu, Moga Bonde bertuah dapat baucar tu.. bolehlah shopping Skin Foot nanti… wish me luck Aamiin
Aminnn.. thanks bonde.. next event tgu kalo2 ade kupon lagi za bukak.. hehhee
Eh wah… nak komen apa pasal benda ni? ahhahaha..
hal kosmetik ni memang orang macam pb ni akan fail..
untung la dapat tiket VIP.
PendekarBerkuda recently posted…Alkisah Permission Atau Kebenaran Mengakses
Hahahhaa… pb nt kalo ade voucher bab kosmetik lelaki za open hehehe
Harapnya saya lah yg bertuah tu. Hehe..
Insyallah ..
Moga murah rezeki, sbb berkongsi rezeki dengan blogger-blogger.
Alahai yunk dah ade dah pemenang.. nt kita bukak lagi.. voucher lain pulak..