Review Filem : Captain America ( Civil War ) 2016
Persoalan yang bermain di fikiran, kenapa perlu ada dua team sedangkan mereka adalah satu team marvel, Ramai kawan-kawan bertanya yang cik za tergolong dalam team yang mana? #TeamCap atau #TeamIronman. Sememangnya dari dulu lagi cik za memang #teamironman. Jadi apakah maksud yang ingin di sampaikan. Tapi kenapa menjelikkan?  Jom kita baca sampai habis.

Sinopsis Captain America ( Civil War ) 2016
Semuanya bermula bila berlakunya perselisihan antara Steve Rogers / Captain America dan Tony Stark / Iron Man, Setelah pemerintahan mengeluarkan undang-undang yang kesemua para hero harus berada di bawah pengawasan pemerintah. Namun Captain America menentang undang-undang tersebut sehingga terjadinya pertempuran antara kubu Captain America dan Kubu IronMan, gara-gara Tony Stark sendiri telah menyatakan persetujuan untuk berada di bawah pengawasan pemerintah.
Trailer Captain America ( Civil War ) 2016

Review Peribadi Filem : Captain America ( Civil War ) 2016

Memang terbaik sangat, kesemua perselisihan terjadi bila team Avengers nak di letakkan di bawah pengawasan peemrintahan, akibat dari kesan penggunaan kuasa tidak terkawal, sehingga menyebabkan ramai yang terkorban. Dalam cerita ni, apa yang za lihat adalah dari segi Kerja Berpasukan yang ada diantara kesemua team yang ada, Sebagai contoh saat Captain America hanpir terbunuh, Wanda bertindak menjadi penyelamat, tapi menyebabkan ramai terkorban. Tanggungjawab antara individu. untuk tanggungjawab ini, kita beri kepada Tony Stark, kononya ada rasa bersalah dan dengan itu, dia telah menyediakan dana pelajaran kepada pelajar yang susah sebagai dasar tanggungjawab supaya beliau tidak di bayangi rasa bersalah.
Rupanya muncul watak baru pulak, Ant Man dan Black Panther, tak disangka pulak lah kalini ada watak baru yang nak masuk line kan. Tapi movie ni, adalah kesinambungan The Avengers – Age Of Ultron, tapi sapa yang mengikuti dari awal pasti akan memahami jalan cerita yang sebenar ni, pada penghujung cerita ni, pengarah membuatkan ianya seperti biasa tergantung kerana akan ada kesinambungan yang terakhir iaitu INFINITY WAR, dikatakan waktu tu, kesemua watak marvel akan keluar, anggaran masa yang boleh di congak adalah 2 minit setiap watak yang keluar dalam cerita tu nanti.
Dalam filem ni juga, kita dapat melihat, setia kawan antara captain America dan kawan baiknya Bucky Barnes, dek kerana nak melindungi kawan baik sendiri, walaupun beliau telah mengetahui cerita yang sebenar, tapi beliau sanggup korbankan persahabatan bersama team avengers yang lain. dekat situ aku sangat kagum bila, kawan yang susah dan senang kita dapat melihat disaat kita jatuh. Tapi selebihnya better korang tengok sendiri.
Kenapa Tajuk Review Filem : Captain America ( Civil War ) 2016 Menjelikkan? 
Tempat duduk cik za pilih ada lah 2 dari hujung belah kiri, so boleh adik cik za bersandar bila dia bosan nanti, yang duduk sebelah cikza ni, pasangan kekonon merpati dua sejoli lah katakan. Dalam duk tengok wayang, dieorang boleh buat wayang, time tulah duduk sebelah cik za, semua tak kena, macam berborak, terjerit dengan pasangan bila part yang terujakan nada slow takpe lah jugak, nada die memang tak teringat yang ada orang lagi kat sebelah, dah makan campak sampah merata-rata, tak sedar dah termasuk dalam beg cik za. korang rasa nak marah atau senyum. pastu bila part fokus boleh buat wayang peluk sakan kekonon feeling sejuk ala winter sonata, hello! nak bercinta pergi tengok cerita lain, ni ACTION movie dan Bukan ROMANCE movie. Bila wayang dah tamat, macam biasa cik za dan adik bangun lah nak keluar, tapi dia dan pasangan buat selamba silang kaki depan tu. eh! tak ke namanya selfish atau lebih pentingkan diri sendiri. Moga tidak di temukan lagi.
 
Rating : 4/5 Bintang

78 total views, 3 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge