Lubuk Asam Pedas Dan Mee Bandung Power
Tengok pada tajuk, mesti korang dah target kat negeri mana sekarang ni za duk bertapa, sebut je asam pedas dan mee bandung, dua kawan baik tu memang dah target sinonim dengan Bandar Diraja Muar. Bukan selalu balik kampung, kebiasaan mama dan abah lah yang rajin balik berdua, nah! cuti panjang tu digunakan masa untuk bersama keluarga itu lagi afdal. Rasa sebenar mee bandung dan asam pedas bak kata mama, semuanya dari muar. Lain negeri lain cara pembuatan asam pedas dan mee bandung, ada yang campur ntah apa- apa rasa. Berlainan asam pedas di muar ni adalah original dan kebanyakkan negeri lain ada yang letak lada hitam untuk nam tambah lagi pedas. Kekuatan sebenar terletak pada cara pembuatan dan rasa asam pedas tu sendiri.

Kesempatan kalini, za dapat merasa Asam Pedas yang original dari Muar, termasuk mee bandung yang super duper power. semua tu boleh didapati di Dataran Tanjung Emas, Muar. Macam-macam Asam Pedas ada yang korang nak, antaranya Asam Pedas Mayong, Asam Pedas Telor ikan, Asam Pedas Ikan Parang, Jenahak fuh! macam-macam lagi dan di rekomenkan korang datang sendiri untuk mencuba.

Asam Pedas Ikan Mayong 

Asam Pedas memang sinonim dengan Negeri Johor, tapi kini banyak restoran yang menawarkan sajian mengikut set. Ada yang buffet style. ambil dan cedok masuk pinggan ala nasi campur. Port asam pedas, jika datang ke muar ni, terletak di Parit Jawa, dan satu lagi di Dataran Tanjung Emas. Berdekatan Medan Selera Tanjung Emas, hampir kesemua kedai yang ada menyediakan asam pedas pelbagai ikan. Harga satu set tak mahal cuma RM 7.00
( Nasi Putih / Telor Asin / Sayur / Asam Pedas ) 
 
 
Mee Bandung Abu Bakar Hanipah
 
 
Mee Bandung Abu  Bakar Hanipah memang terkenal di Bandar Muar, satu lagi cawangan berdekatan bandar muar, dan satu lagi cawangan di Dataran Tanjung Emas, Muar. Rasa semua cukup disini, Tak berapa pedas untuk kanak-kanak, Kuah yang pekat seakan hirup sup, tapi kalau terlalu taksub dengan kuah, tak perlu mee pun takpe, isi-isi lain ( sotong, daging, sayur sawi, udang dan telor ) dah cukup untuk buat perut rasa kenyang. Harga Semangkuk RM5.00 berbaloi-baloi tau. 

Alhamdulillah, cuti panjang ni, masa berkualiti adalah bersama keluarga, keberuntungan bila kampung ibu bapa cikza di Muar, so balik kampung ikut giliran tak perlu nak bergaduh, masing-masing rumah dah dekat. Tapi setiap kali pulang ke Muar, Famili memang tak pernah lupa singgah pekena Asam Pedas Muar, menu wajib mama cik za. Insha allah nanti cik za kongsi lagi apa yang best lagi di Muar.

96 total views, 2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge