Program Dropbox BabyBox Kini Di Terima Umum, Alhamdulillah siapa yang tak gembira bila, ketika rasanya minggu lepas, za ada share dalam blog mengenai Program Tamak Pahala. Pejam celik dalam waktu sampai di opis za, terpandang poster berkaitan apa yang za pos  tempoh hari. Masa tu rasa terkejut sangat yang program ni dah mula di terima umum tau. 

Bila dah nampak iklan tu, alhamdulillah syukur sangat, tak banyak yang mungkin za dapat membantu, tapi setakat yang termampu za, war-warkan pada saudara mara, lagi pulak dapat tahu pasal program tu, dalam masa yang singkat. Nah! semalam lepas balik kerja, berlumba kejar masa nak g dari rumah ke rumah saudara yang kekononya ada baju baby yang masih elok untuk di dermakan. Amal jariah sapa taknak, tapi tamak-tamak za pun, bukan bolot semua pahal, secara tak langsung mereka yang mendermakan pun dapat sama pahala yang dikongsi dari sumbangan yang di berikan. 

” Ayon, Baju iyash tu, Anganlah alik, Jum ipat ama “ 

 ( Ayon, Baju firash tu, Jangan balik, Jom lipat sesama )

Bergenang mata cik za, budak sekecil 3 tahun, bercakap macamtu, sebab dia tahu baju-baju tu untuk kawan-kawan sebaya dengannya yang tidak berkemampuan.  Bukannya apa, dari kecil di asuh sedemikian kelak, apa yang dipelajari akan diamalkan bila dewasa kelak. Wajib biasakan, dan jika ditanya mengapa? berikan jawapan yang boleh diingat sampai dewasa.  Berbalik pada cerita tadi, memang kebetulan harini ada Majlis Ibu Cemerlan, anjuran Puspanita Risda, Maka dengan bangga za bawa beg kertas berisi baju-baju yang siap dipilih untuk di dermakan ke program tersebut. 

Program ini adalah bertujuan untuk membantu keluarga yang mempunyai bayi tapi kurang berkemampuan. Dengan hasrat kerja amal sambil membantu, maka dengan adanya projek sebegini, ringanlah sedikit bebanan ibu bapa tersebut untuk membantu menyediakan  barangan keperluan bayi. Dahulu Projek ini dikenali sebagai Projek Tamak Pahala, dan berdaftar secara rasmi sebagai Craddle Of Love Association ( Persatuan Buai Sayang ) dan sekarang ia dikenali sebagai Baby Box Project. “

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, za rasa puas dapat lakukan program-prgram charity sebegini melalui hebahan kawan-kawan, blog dan sebagainya. Berterima kasih kepada kawan-kawan sepejabat yang sudi menjayakan program dropbox, anjuran pejabat Risda di tempat za bertugas. Dalam kita sibuk mengejar kerja yang bertimbun, janganlah kita lupakan pada mereka yang memerlukan, Bukan meminta-minta tapi seikhlas kita memberi, besar pahala dan ganjarannya kelak. 
” Orang Memberi, Kita Menerima, Orang Berbudi, Kita Berbahasa “ 
Kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk melakukan sedemikian tadi, korang boleh derma bukan setakat barang tapi wang ringgit pun diterima. Lagi pulak kita yang bergaji RM500 keatas pun, tak salah jika kita mengasingkan sedikit untuk program tersebut, bertambah lagi pahala dan ganjaran yang allah beri. Mereka yang ingin melakukan sedemikian bolehlah rujuk >> Kempen DropBox Baby Box  

168 total views, 3 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge