Peluang Pekerjaan Semua Sektor  – Ramai yang tertanya-tanya bagaimana ingin mendapatkan kerja terutama di sektor Kerajaan / Swasta dan Badan Berkanun yang dikatakan terjamin, Semuanya bermula dengan usaha. Kepada yang pencari kerja mereka hanya menggunakan peluang yang ada tanpa mengetahui peluang yang  dicari itu amatlah mudah.
Aku dulu bermula dari bawah, pada awalnya, memang payah nak mencari kerja, dikatakan zaman yang hanya memerlukan pekerjaan terhad sahaja, ada beberapa cara yang boleh memancing pihak sector awam untuk mengambil diri kita bekerja, tapi aku tidak menjanjikan dengan  terus dapat pekerjaan, sebaliknya ia adalah laluan.

Peluang Pekerjaan AdaDi Mana-Mana
  • Pengalaman – Dikatakan ianya amatlah penting dalam pemilihan kakitangan, sebaliknya rebutlah peluang sebarang pekerjaan yang ada ketika ini, kerana pengalaman yang kita ada itu amatlah berharga dalam menentukan jawatan apa yang di pohon.
  • Media Sosial – Boleh dikatakan kita tidak perlu mengharapkan iklan yang ada di akhbar tempatan, sebaliknya rajin membuka iklan-iklan jawatan kosong yang ada di media web social. Bukannya apa terkadang kita akan ketinggalan dari iklan-iklan yang dipaparkan.
  • Penyediaan Resume / Salinan Sijil – Ini aku sendiri amalkan waktu ketika aku masih jobless, buat resume lelebih dan salinan sijil juga, bila dah siap just kepilkan terus dihantar melalui tangan / menerusi pos ke setiap kementerian.
  • Sabar Dalam Diri – Kesabaran wajib ada dalam diri, jika kita tidak berada di tahap kesabaran maka apa yang dibuat adalah sia-sia, Berada dalam keadaan tekanan amatlah membuatkan kita akan hilang sabar seterusnya kita akan menjadi putus asa untuk menyediakan segala resume dan sijil-sijil berkaitan.
  • Kabel Dalam – Ini amat utama, pendek kata zaman sekarang kalau nak kerja kena ada orang dalam, untuk menaikkan nama kita, tapi itu semua berkat usaha, tapi jika menggunakan orang dalam rasanya amatlah rugi, kerana pekerja yang berkualiti tidak diberi peluang sebaliknya mereka yang tidak berkualiti di beri peluang, tidak semua sebegitu.
sumber google

Pengalaman Pencari Kerja

Waktu  tu memang aku memerlukan pekerjaan, almaklum dikatakan bergraduan sekalipun, mereka yang di sektor awam takkan menilai asalkan mempunyai pengalaman pekerjaan, Ketika tu dikatakan zaman pemberhentian kakitangan di sektor swasta, dan pengambilan kakitangan awam di hadkan. Waktu tu, aku sendiri putus asa dalam mencari peluang pekerjaan, namun idea datang bila aku terfikir untuk melakukan salinan sijil dan resume secara berlebihan dan terus hantar by pos terus ke kementerian yang ada di Putrajaya, Alhamdulillah tak sampai seminggu, bila dapat panggilan di beri peluang untuk Jawatan Pembantu Tadbir Perkeranian /Operasi N17 Sambilan ( Kontrak ). Rezeki waktu itu, dengan membuat kerja-kerja fail, itu boleh dijadikan sebagai pengalaman. Selama 1 tahun lebih aku timba pengalaman di Pejabat kerajaan di Putrajaya, Rezeki membawa aku ke Ampang, di Ibu Pejabat Risda, Jalan Ampang. Berkat kesabaran dan pengalaman yang ada aku gunakan. Berterima kasih kepada diri sendiri.
 Iklan Sepanjang Masa
Menggunakan Resume
Perkhidmatan Atas Talian

Pesan aku jangan malu melakukan sebarang pekerjaan , termasuk sebagai penjual buku sekalipun kerana semuanya bermula atas satu pengalaman. Insha-allah inilah perkongsian dan pengalaman yang aku gunakan dalam pencarian pekerjaan / peluang berkhidmat di sektor Awam / badan berkanun. Semoga ianya bermanfaat buat mereka yang sehingga harini masih lagi tiada pekerjaan. Jika ianya bermanfaat boleh lah di kongsi kepada mereka semua. 

297 total views, 6 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge