Resepi : Asam Pedas Resepi Dari Muar –  Assalammualaikum, ni cerita tergantung masa aku buat trip balik muar tempoh hari, Sebut je muar sememangnya dah sinonim dengan Mee Bandung dan Asam Pedas. Jangan kata hakak tak payung ye, harini aku nk kongsi resepi Asam Pedas Made By aku sendiri, resepi ni atok ajar aku. 



Asam Pedas Ikan Muar 


Bahan – Bahan  A ( Dikisar Halus ) 
5 ulas Bawang Kecil 
3 ulas Bawang Putih 
1 inch Kunyit Hidup 
Segenggam Cili Kering 

Bahan – Bahan B 

Ikan Tenggiri / Ikan Mayong 
(ikut Suka)
Daun Kesum 
Garam ( bergantung pada tahap rasa )
Air Asam Jawa
Terung/Bendi
Minyak Masak 

Cara Masak :-

  • Panaskan Minyak Masak dan Tumiskan Bahan Kisar ( Bahan A ) sehingga garing/wangi/ranum. sampai pecah minyak. 

(Untuk Bahan B)
  • Dah Lepas Garing dan ranum, Masukkan Daun Kesum Kacau rata bagi naik bau daun tu semerbak dalam 3 minit je. 
  • Jangan lupa masukkan garam, kang jadi tawar pulak kuah korang buat tu. Dah garing and wangi, Masukkan Air asam Jawa Ikut Kepekatan korang nak , *ada sesetengah suka pekat so paras kuah tak berapa banyak. 
  • Kacau rata, lepas tu masukkan ikan, sesambil tu letak lah Bendi/Terung ikut suka korang. Biarkan didih!

Apa lagi dah didih or ikan dah masak ,  jangan lupa hidang dengan Nasi Panas…

452 total views, 16 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge